"Mantap YB!" - YB Tenom Beri Sokongan Terhadap Rider Sabah, Dedah Cerita Sebenar Insiden Dengan Si Blazer Merah

TERKINI
November 08, 2023 - 11:53 AM


Masih hangat diperkatakan di kalangan warganet mengenai insiden seorang rider yang 'dikunci' oleh seorang lelaki ber-blazer merah. Bukan sahaja kekerasan yang berlaku, bahkan sikap sombong si blazer merah yang mempersoal loghat Sabah yang dituturkan oleh rider tersebut turut menjadi perbualan.

Terkini, Riduan Rubin yang merupakan ahli parlimen Tenom tampil bertemu dengan rider Mohd Samier dan juga wanita yang merakam insiden tersebut. Pertemuan tersebut dikongsikan melalui akaun YB sendiri di platform TikTok.

@riduanrubin Kepada masyarakat diluar sana hormatilah dan hargailah pekerjaan seumpama seperti rider ini. Saya akan membawa perkara ini kepada kepimpinan Negeri Sabah dan Negara agar suara dan rintihan anak-anak muda seperti mereka ini mendapat pembelaan oleh Kerajaan terutama daripada segi kebajikan, faedah dan isu perumahan yang masih membelenggu kehidupan anak muda di Negara kita pada masa ini. #p181tenom #p181tenomsabah #foryoupage #fyp #tenom #sabah #gerakanmudatenom ♬ original sound - riduanrubin

Tujuan pertemuan tersebut diadakan adalah untuk untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Melalui pertemuan tersebut, YB mendedahkan sedikit latarbelakang abang rider kita. Encik Samier adalah seorang pengurus restoran dan menjadi rider hanya sebagai pendapatan sampingan.

Dia juga seorang anak yatim, berbangsa bajau beraak dari daerah Lahad Datu. Setelah mendengar penjelasan dari kedua-dua mereka, YB juga menitipkan pesan kepada semua supaya hormatilah setiap pekerjaan orang lain.

Selain itu, YB turut menegaskan akan membawa isu ini kepada kepimpinan negeri Sabah dan juga negara agar nasib anak muda Sabah terbela.

Destination: