Monsun Timur Laut: Orang Ramai Diminta Hindari Aktiviti Air

TERKINI
November 03, 2023 - 10:32 AM


Musim Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula bulan ini hingga Mac 2024 akan menyebabkan hujan lebat yang berterusan dan peningkatan paras air laut. Keadaan tersebut boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan kawasan yang berdekatan dengan sungai.

Oleh yang demikian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meminta orang ramai mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti air.

Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin yang merupakan ketua pengarah berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti riadah dan rekreasi di kawasan berisiko tinggi berlakunya kejadian kepala air ketika musim MTL.

Beliau berkata, masyarakat juga disaran agar tidak melakukan aktiviti perkhemahan dan pendakian atau bermandi-manda di kawasan air terjun dan sungai.

"Kalau boleh elak beriadah di kawasan air terjun yang berisiko berlakunya kepala air sepanjang musim MTL sehingga Mac tahun depan.

Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Malaysia akan mengawal semua aktiviti rekreasi untuk mengelak sebarang kemungkinan malapetaka membabitkan nyawa.

“Kawalan ketat ini penting kerana sekiranya berlaku sebarang insiden ia boleh menyukarkan agensi penyelamat itu sendiri untuk menembusi kawasan itu dan bukan sekadar menyulitkan penganjur aktiviti luar itu," katanya lagi.

 

Sumber: Sinar Harian

Destination: