Penduduk Trauma Jadi Saksi Teman Lelaki "High" Tolak Kekasih Dari Tingkat 23

TERKINI
February 29, 2024 - 10:56 AM


Penduduk Shah Alam Trefoil dikejutkan dengan insiden ngeri malam tadi di mana seorang wanita maut jatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium, dipercayai ditolak teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kejadian itu diterima pihaknya pada jam 10.02 malam.

"Siasatan pihak polis mendapati mangsa merupakan warganegara Thailand berumur 32 tahun dan tidak bekerja.

"Mangsa dan suspek yang juga lelaki tempatan berusia 37 tahun merupakan pasangan kekasih," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, menurut saksi semasa kejadian terdengar pergaduhan antara mangsa dan suspek sebelum mendakwa melihat mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh kondominium tersebut.

Berikutan itu, kata Mohd Iqbal, pihaknya telah menahan suspek pada jam 10.10 malam di lokasi kejadian.

"Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

"Hasil ujian saringan air kencing dapati suspek juga positif dadah jenis kanabis," katanya.

Tambah beliau, suspek akan direman pagi ini di Makamah Shah Alam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Destination: