PMX Hero Dalam Senyap ‘Misi Gila’ Bawa Anak & isteri Pulang Ke Malaysia – Nadir

TERKINI
April 16, 2024 - 11:40 AM


Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan Perdana Menteri merupakan watak utama dalam ‘Misi Gila’ membawa anak-anaknya pulang ke Malaysia.

Muhammad Nadir dalam satu hantaran berkata, segalanya bermula apabila beliau bersama sahabatnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr. Ahmad Sani Abdul Alim Araby berpeluang untuk menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di Shah Alam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Katanya, ketika itu beliau sempat memberitahu kepada Anwar bahawa keluarganya terkandas di Rafah.

“Beliau hanya sempat membelek kiriman dan memberikan respons ringkas bahawa beliau akan bantu sebelum terus menaiki kenderaan ke majlis seterusnya.

“Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja. Namun dalam surat saya, ada saya akhiri ayat dengan ‘Kepada Allah jualah kami berserah’. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada Allah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sehari sebelum Aidilfitri, beliau telah dihubungi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

“Kali ini nadanya berbeza dan beliau turut memaklumkan untuk ke satu lokasi khas, namun hanya dibenarkan hadir bersama Ahmad Sani sahaja.

“Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan,” ujarnya.

Katanya, proses membawa pulang keluarganya itu cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1,001 cabaran tersirat, namun tidak semua beliau berhak untuk kongsikan.

“Semoga Allah sahaja membalas jasa kalian semua,” katanya

Destination: