Ramai Kecewa Deko Raya Di Pusat Beli-Belah Terkenal ‘Asal Ada’

TERKINI
March 15, 2024 - 02:21 PM


Bila tiba sahaja musim perayaan sudah tentunya setiap pusat beli-belah akan menampilkan suasana atau dekorasi menarik untuk meraikan para pengunjung. Lebih-lebih lagi perayaan yang melibatkan kaum-kaum terbesar di dalam negara.

Namun, baru-baru ini beberapa muatnaik dari pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dengan dekorasi sempena Ramadan dan Aidilfitri di beberapa pusat beli-belah utama di ibu negara.

Ramai yang berpendapat  dekorasi yang digunakan ‘asalkan ada’ dan ada juga yang mendakwa tidak semeriah perayaan-perayaan lain yang disambut di negara ini.

Tinjauan di media sosial mendapati antara pusat beli-belah dengan dekorasi sederhana yang menjadi bualan ialah di Suria Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Pavillion, Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, dalam satu ruangan komen di laman rasmi Facebook Suria KLCC memaklumkan bahawa replika bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri itu masih dalam proses persiapan.

“Sila ambil perhatian bahawa hiasan raya (Aidilfitri) kami masih dalam proses. Sila datang sekali lagi ke Suria KLCC untuk melihat rupa terakhir replika pelita terbesar 50 kaki di Malaysia,” tulisnya di ruang komen.

Destination: