Ramalan Tahun Ini Paling Panas Selepas 1998, El Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai

TERKINI
May 02, 2024 - 03:27 PM


Jika anda berasa sering berasa panas dan bahang baik ketika berada di rumah mahupun di luar, ini semua berpunya dari Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara. Cuaca panas ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat juga ramalan mengatakan tahun ini adalah tahun paling panas selepas 1998.

Beberapa negeri seperti Kelantan, Perlis dan Kedah mengalami cuaca yang lebih panas berbanding negeri lain.

“Kalau ikut trend biasa berdasarkan laporan diterima, sepatutnya sudah mula beralih dan hujan akan datang, namun keadaan ini mungkin sebulan atau dua bulan lagi.”

“Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan memantau perkara ini,” katanya.

Berikutan itu, menurut Nik Nazmi pihaknya akan memantau tentang jerebu dalam negara dan rentas sempadan. 

Jelas Nik Nazmi, pihaknya juga bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk memantau paras air dan mungkin terpaksa membuat pembenihan awan sekiranya perlu.

Destination: