Reaksi Warga Dubai Terhadap Banjir Buat Warganet Terkesima

TERKINI
April 19, 2024 - 12:20 PM


Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih bergelut dalam proses pemulihan selepas dilanda ribut dan banjir buruk yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti negara terhenti.

Seperti sedia maklum, kebanyakan penduduk Dubai mahupun mereka yang terkesan tidak pernah menghadapi situasi sebegini. Justeru, ada beberapa video mahupun posting yang memaparkan reaksi mereka terhadap banjir yang berlaku.

Berdasarkan reaksi yang melihat video yang dimuatnaik, rata-rata rasa kagum dengan kekayaan dimiliki penduduk Dubai.

Ada yang mengeluarkan bot, ada yang meluncur dan ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk menununggang jetski!

Moga dipermudahkan urusan penduduk mereka yang terkesan dengan bencana banjir di UAE. Tidak semua memiliki kekayaan yang sama seperti dipamerkan. 

Destination: