Roller Coaster Fun Fair Di Raub "Terbang" Dari Landasan, Penumpang Cedera

TERKINI
February 28, 2024 - 11:31 AM


Perasaan teruja saat kita melihat fun fair waktu kita masih seorang kanak-kanak itu sukar untuk digambarkan. Namun, sebaik melangkah ke alam dewasa baru kita sedar akan risiko membawa keluarga mahupun anak-anak berhibur di fun fair.

Satu insiden mencemaskan berlaku di satu fun fair di Raub, Pahang.

Funfair Raub apa cerita orang tercampak naik roller coaster

Posted by Anonymous participant on Monday, 26 February 2024

Video tersebut dimuatnaik di dalam page Penduduk Raub Pahang. Berdasarkan video, permainan yang sering mencuri tumpuan pengunjung iaitu roller coaster kelihatan tergelincir dari landasannya. Disebabkan insiden tersebut, beberapa orang penumpang termasuk kanak-kanak cedera. Dari audio juga jelas ada kanak-kanak yang menangis tersak-esak.

Posting tersebut mendapat reaksi yang meluas dan warganet berpendapat, fun fair "taman" ini memang tidak cukup bagus dari segi kesealamatan biarpun bayaran masuk yang dikenakan boleh dikatakan rendah jika dibanding kan dengan taman tema terkemuka.

 

Destination: