Saling Buka Aib, Kini Zarina Anjoulie Dedah Apa Berlaku Kepada Fathia Latiff

TERKINI
January 11, 2024 - 12:16 PM


Menerusi Instagram Stories, Fathia berang dengan tindakan Zarina atau lebih mesra disapa Anju yang masuk campur dengan isunya melabelkan wajah aktres Zahirah MacWilson seperti bibik.

Fathia, 38, menyifatkan Anju sengaja mengejar populariti dengan menumpang kontroversi yang sedang melanda dirinya.

Aku nak cakap dengan kau. Apa jadi dengan aku? Aku okey saja sekarang ini. You are the ugliest life I’ve seen in my life. Honestly! Aku tak menipu, aku tak fake.

Kau baru balik umrah tapi perangai macam sial. Aku yang tak pergi umrah ini doa agar hidup kau sengsara (miserable).

Masalahnya kenapa kau kena masuk campur? Macam kau gila glamour. Macam Makcik Bedah.

Umur kau 39 tahun tapi you act macam umur 40 atau 45 tahun. Kau macam perempuan murahan yang tiba-tiba nak sibuk hal aku. Bukan nak backup aku.

Bukan itu saja, pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff juga menghina fizikal (body shaming) Anju.

Tolong la malu sikit dekat anak kau. Aku memang geram.

Dengan hidung kau buruk panjang, dengan gigi taring. Ingat kau hot sangat? Kau punya bontot pun fake.

Mai la gaduh dengan aku. Sini datang jumpa aku.

Terdahulu, Fathia mendakwa Zahirah melakukan pembedahan plastik di bibirnya dan mengatakan dia lebih jelita.

Fathia juga bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman Hakim Ridza kerana didakwa aktor itu tidak memiliki wang.

Selepas aktres Zahirah Macwilson, kemelut di antara pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie pula mula menjadi perhatian dalam kalangan warganet.

Terdahulu, Zarina yang lebih mesra disapa Anju tampil mendedahkan sikap sebenar Fathia yang dikatakan busuk hati kerana mengutuk Zahirah bertalu-talu.

Kurang senang dengan pendedahan itu, Fathia tampil membidas kenyataan Anju dan membongkar segala perilaku buruk bekas rakan baiknya itu.

Enggan berdiam diri, Anju tampil membalas kenyataan Fathia yang kini dikatakan semakin keterlaluan menerusi hantaran di Instagram Story (Igs).

Bagaimana pun, perkongsian tersebut telah dipadam selepas beberapa minit dimuat naik.

“Aku malas layan drama ni. you want attention take it. tapi aku tahu kau tak boleh handle kalau aku balas. So, I’m not going to entertain this nonsense.

“Tapi part dadah tu, janganlah act like kau pun tak mendadah juga. Janganlah berlakon, kau pun junkie. Kau pun tarik dadah, tapi nak acah suci. That’t the annoying part you know.

“Kalau kau tak mendadah takpa, masalah kau pun penagih juga. Lepastu nak cakap orang slut, yang kau kena gembeng dengan dua adik beradik dekat house party tu apa?,” katanya.

Dalam pada itu, Anju turut menyifatkan Fathia semakin gila dan perlu mendapatkan bantuan.

“You know I know you, I know your bullshit bitch! Like apa yang kau cakap aku penagih dadah, aku pelacur, rasa nak hantar cermin besar je kat rumah kau. Ada tak cermin? Are you talking to yourself?

“Girl, you talking to yourself. You are sick. You are sick human being. You need help!,” katanya.

Sebelum ini, kontroversi mula tercetus apabila Fathia telah melabel Zahirah sebagai bibik gara-gara tidak puas hati kecantikannya dibandingkan dengan aktres itu.

Bukan itu sahaja, Fathia turut melakukan provokasi terhadap Zahirah dan suaminya, Aiman Hakim Ridza untuk mengenakan tindakan saman ke atasnya.

Namun, pasangan tersebut tetap kelihatan tenang dan tidak memberikan sebarang respons terhadap kontroversi murahan itu.