"Sebelum Ini Takda Pun" - Netizen Pelik Syed Saddiq Ahli Parlimen Pertama Dihukum Sebat

TERKINI
November 10, 2023 - 02:56 PM


Bagi anda yang mengikuti isu politik semasa sudah pasti tahu bahawa semalam ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua kali sebatan atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Berita hukuman beliau menjadi perbualan hangat netizen kerana belum pernah lagi ahli politik di negara kita dijatuhkan hukuman sebatan. Syed yang juga bekas menteri termuda di Malaysia menjadi ahli politik pertama yang dijatuhkan hukuman sebat selepas didapati bersalah melakukan jenayah kolar putih.

Hal tersebut menimbulkan persoalan di kalangan netizen apabila ramai yang membandingkan hukuman Syed Saddiq dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di media sosial X. Najib juga berdepan dengan kesalahan yang sama tetapi hanya dihukum penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta tanpa sebatan.

Untuk makluman anda, hukuman sebat adalah hukuman mandatori bagi pertuduhan jenayah pecah amanah (Criminal Breach of Trust) dan pengecualian akan diberikan untuk keadaan tertentu termasuk pesalah wanita dan individu yang berumur 50 tahun ke atas.

Dalam hal ini, Najib yang berusia 70 tahun dapat dikecualikan kerana usianya sudah melebihi 50 tahun manakala Syed Saddiq pula baru berusia 31 tahun.

Walau bagaimanapun, Syed Saddiq ketika ini masih lagi ‘selamat’ kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan.

 

Kredit: Astro Awani

Destination: