Sekat Kandungan Pasal Palestin, MCMC Akan Jumpa TikTok Esok

TERKINI
October 25, 2023 - 04:21 PM


Penyekatan kandungan-kandungan yang membabitkan isu Palestin di beberapa media sosial mula mendapat perhatian orang awam. Hal tersebut sekali gus menarik perhatian pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). 

Oleh yang demikian, satu pertemuan akan diadakan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan syarikat induk TikTok berhubung isu kandungan membabitkan konflik Palestin-Israel yang didakwa disekat di platform itu.

Menerusi laporan dari sumber, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, satu pertemuan akan diadakan Khamis ini, 26 Oktober 2023 antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pengendali aplikasi TikTok.

"InsyaAllah saya akan mengadakan perjumpaan dengan TikTok, saya difahamkan mereka akan hadir Khamis ini, tapi saya biarkan MCMC untuk jumpa mereka dulu. Saya telah dipelawa untuk bertemu dengan the mother company kepada TikTok.

"Malah, saya lihat TikTok sudah mula cuak kerana mereka dapat tahu yang kita akan bertemu dengan syarikat induk mereka." ujarnya.

Fahmi yang dijumpai pada perhimpunan semalam berkata kehadiran yang memberangsangkan di Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin dengan lebih 15,000 orang adalah tanda betapa teguhnya sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

Destination: