Selepas Percuma Selama 42 Hari, Tol WCE Bakal Mulakan Kutipan Tengah Malam Ini

TERKINI
January 03, 2024 - 03:54 PM


Sebelum ini, operasi Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) bagi laluan persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa dilakukan secara percuma dimana pengguna lebuh raya tersebut bebas menggunakannya dan tidak dikenakan sebarang bayaran selama 42 hari.

Kini, dalam satu kenyataan yang dimaklumkan pihak WCE, pengguna lebuh raya tersebut perlu membayar tol di Plaza Tol Assam Jawa bermula jam 12 tengah malam Rabu.

Menurut kenyataan itu, kadar tol untuk setiap kelas kenderaan adalah berdasarkan kadar tol yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

"Mulai 3 Januari 2024, tepat jam 12:01 tengah malam, Lebuhraya WCE akan memulakan kutipan tol di Plaza Tol Assam Jawa, selepas beroperasi secara percuma selama 42 hari.

"Kutipan tol Lebuhraya WCE adalah secara elektronik sepenuhnya dan kami menasihatkan pengguna untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch n Go anda mencukupi.

"Sila pastikan anda menggunakan lorong pembayaran yang betul," kata kenyataan itu pada Selasa.

Berdasarkan info grafik itu, kadar tol dikenakan di Plaza Tol Bandar Bukit Raja Selatan mengikut kelas kenderaan iaitu kereta (RM5.05), lori (RM10.11), treler (RM15.16), teksi (RM2.53) dan bas (RM3.79).

Bagi Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara pula iaitu kereta (RM4.12), lori (RM8.24), treler (RM12.36), teksi (RM2.06) dan bas (RM3.09)

 

Sumber: Sinar Harian

Destination: