"Servis Macam Sampah, Marketing Je Gempak" - Pak Mat Western Dikecam, Ramai Kongsi Pengalaman Buruk

TERKINI
January 04, 2024 - 03:10 PM


Siapa tak kenal, jenama Pak Mat Western yang sering tampil dengan content terkini dan juga trending. Sering kali menampilkan cameo-cameo hebat selebriti tanah air. Namun, menerusi satu video di platform TikTok, seorang pelanggan menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan layanan diterima.

@akumemehati Food 8/10 Service 4/10. Satu lagi masalah, suka bagi oder tak complete. #pakmatwestern #fyp #fypシ #malaysia #fypage ♬ Gwenchana ku menahan rasa sakit - Shanoon music

Beliau menyelar tindakan beberapa pekerja Restoran Pak Mat Western yang bersikap seperti acuh tak acuh ketika melayan para pelanggan.

“Layanan pakmat western sampah. Marketing je gempak. Customer tanya soalan diorang balas nak tak nak dgn bagi jawapan sarcastic gila,” katanya dalam video yang kini sudah mencecah 1 juta tontonan.

“Hari tu nak di jadikan cerita diaorang salah bagi air, aku pergi lah tegur, siap aku bangun sendiri lagi dari meja pergi tegur kat tempat diorang masak tu.

“Sebab diorang busy. Lepastu diorang balas “eh sini bukan tempat buat air, sini tempat makanan”. Lahhh, mana lah aku tahu. First time datang situ.

“Dengan dia bagi face expression menyampah. Datang balik tak cakap maaf ke apa ke sebab diorang salah bagi air. Macam kita pulak yang salah.

“Tak suka bila first time pergi kedai makan, diorang balas macam kita ni tahu tempat diorang. Siap marah sebab tak tahu prosedure kat situ macam mana. Kitaorg ni nak support org melayu buat business. Tapi tu lah,” katanya.

Di ruangan komen video tersebut, ramai juga yang berkongsi pengalaman yang tidak menyenangkan. Ternyata, ramai yang sudah terkena layanan dingin dari para pekerja Pak Mat Western.

Destination: