Stesen Minyak Jual RON 95 Kepada Kereta Asing Bakal Didenda RM1 Juta - RM3 Juta

TERKINI
January 15, 2024 - 03:41 PM


Isu yang membabitkan penjualan minyak petrol kepada warga asing atau kenderaan yang menggunakan nombor plat negara luar bukanlah isu yang baru. Sebaliknya, ia sudah diperkatakan ramai sejak dulu lagi.

Ramai rakyat telah melahirkan kerisauan berkenaan dengan perkara ini kerana golongan ini berjaya meraih subsidi negara yang sepatutnya tidak diterima mereka.

Terkini, bagi membendung isu ini, pengusaha stesen minyak di negara ini diberi amaran keras agar tidak menjual petrol bersubsidi kepada warga asing. Mereka yang menjual bahan api RON95 kepada kenderaan berdaftar asing boleh dikenakan denda bermula daripada RM1 juta sehingga RM3 juta.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, berkata tindakan itu dilakukan bagi melindungi hak rakyat negara ini kerana petrol subsidi disediakan untuk mereka (rakyat).

"Saya minta operator atau pemilik stesen minyak supaya tidak menjual petrol subsidi kepada rakyat asing.

“Jika didapati bersalah, individu yang didapati membeli petrol subsidi boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara tiga tahun manakala pengusaha stesen minyak boleh didenda maksimum RM3 juta,” katanya

Difahamkan, stesen minyak yang melanggar peraturan bakal dikenakan denda melebihi RM1 juta untuk kesalahan pertama dan tidak lebih daripada RM3 juta untuk kesalah seterusnya atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.

 

Sumber: Buletin TV3 & The Vocket

Destination: