"Sumbing Kereta Aku" - Bumper Kereta Dilanggar, Reaksi Tuan Badan Buat Netizen Terhibur

TERKINI
January 03, 2024 - 10:56 AM


Kebiasaannya apabila kereta kita rosak atau dilanggar, kita akan berada cemas, geram dan marah. Mana tidak, kereta yang dilanggar atau mengalami kerosakan pastinya memerlukan kos yang besar untuk dibaiki.

Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki yang mampu berseloroh apabila melihat bumper keretanya yang dilanggar.

@kipta_

Sapu minyak gamat elok dah ni

♬ original sound - Bukan samad

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, pemilik kenderaan tersebut pada mulanya membacakan sebuah pesanan yang ditulis oleh individu yang melanggar keretanya.

"Maaf, saya terlanggar kereta awak," tulis orang yang melanggar.

Selain meninggalkan pesanan permohonan maaf, pemilik kenderaan juga kelihatan 'happy' apabila orang yang melanggar keretanya meninggalkan sedikit wang untuk membaiki kerosakan yang dilakukannya.

Namun reaksi yang berbeza ditunjukkan oleh pemilik kenderaan sebaik sahaja dia melihat kerosakan pada keretanya.

"Sumbing kereta aku," katanya sambil membuat bunyi seakan-akan suara itik.

Reaksi pemilik kenderaan tersebut membuatkan netizen terhibur disamping ramai yang berseloroh tentang harga untuk membaiki bumper kereta yang rosak.

 

Sumber: TikTok

Destination: