Tak Tahu Selok Belok Jalan Jadi Punca Warga Emas Pandu Myvi Lawan Arus

TERKINI
February 26, 2024 - 05:33 PM


Baru-baru ini tular satu klip video rakaman dashcam sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya dengan melawan arus. Klip video itu sememangnya mendapat reaksi yang pelbagai dari warganet. Ada yang risau, maki dan juga mempersoal apakah yang menyebabkan si pemandu berani untuk melawan arus.

Susulan dari itu, polis berjaya menahan suspek. Berikut adalah kenyataan dari Ketua Polis Iskandar Puteri.

Menurut kenyataan tersebut, suspek yang berupakan warga emas berusia 74 tahun dari Segamat menjadikan alasan tidak tahu selok belok jalan kerana baru pertama kali ke Johor Bahru. Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Harapnya lepasni ada penguatkuasaan tentang had umur atau garis panduan buat warga emas yang masih perlu atau ingin memandu supaya tidak ada lagi insiden sebegini. 

Destination: