"Takda Cerai Berai" - Aliff Teega Tepis Dakwaan Bakal Madukan Aisyah

TERKINI
November 01, 2023 - 11:24 AM


Jika anda salah seorang pengguna platform TikTok sudah tentu ada kenal satu pasangan personaliti media sosial iaitu Aisyah Hijanah dan Aliff Teega. Baru-baru ini, Aisyah mendedahkan rumah tangganya dengan suami, ditimpa ujian berat selepas enam tahun berkahwin.

Aisyah mendedahkan ada individu yang didakwa cemburu melihat kebahagiaan mereka. Aisyah juga memaklumkan bahawa suaminya, Alif terkena perbuatan sihir akibat‘hasad dengki’. Keadaan bertambah jadi buruk apabila Aliff menegur tindakan Aisyah semasa satu sesi live di TikTok.

@nernzaii Replying to @𝒥𝒶𝒿𝒶𝒶🇵🇸 Stay strong kak aisyah 🤧🤍 Unexpected betull dahla kita record sbb nak dngar kak aisyah crita tup2 dia datangg adeh😂 #alifteega #aisyahhijanah #aisyahhijanah #alifteegaaisyahhijanah #alifmarahaisyah #alifaisyah #alifteegakamu ♬ Sad and lonely - MoppySound

Susulan dari tularnya video tersebut, ramai warganet yang meluahkan pendapat masing-masing. Ada yang menyatakan ini semua hanya 'content' promosi lah, Aliff sudah berubah hati lah dan bermacam lagi. Tidak menunggu lama, Aliff Teega memuatnaik satu video menerangkan hal sebenar dan status hubungannya bersama Aisyak Hijanah melalui satu video

@alifteega

Bismillahirrahmanirahim, tujuan saya post ini adalah utk meredakan situasi yg berlaku. Apa yg berlaku ni ujian buat kami. Tujuan saya adalah utk fokus kpd keluarga dahulu Berkenaan live Aisyah semalam, Aisyah sdg berniaga & ada juga mendapat soalan drpd netizen mengenai video-video saya yg bertajuk 'melepaskan'. Video tersebut tiada sangkut paut dgn peribadi saya tetapi drpd IG Aisyah, netizen mula kerumun pd post tersebut. Pd waktu itu, Aisyah sdg menjelaskan video tersebut adlh video healing yg dilakukan di sungai atas tujuan promosi buku. Tetapi ianya telah mengundang spekulasi, jadi Aisyah sdg menjelaskan hal yg sebenar. Dan pd waktu itu, Saya tidak tahu Aisyah sdg menjelaskan hal sebenar & bukanlah mengaibkan saya mahupun rumah tangga. Saya yg pd waktu itu mungkin terikut emosi sehingga terus menegur sewaktu live Saya ada silap, Aisyah pun ada silap. Kami telah pun bersama mencari hikmah & pengajaran drpd apa yg terjadi. Saya & Aisyah memohon maaf atas segala spekulasi yg berlaku. Terima kasih kpd Aisyah atas usaha, tidak henti-henti mencari jalan utk merubat gangguan tersebut. Dan, terima kasih buat rakan-rakan, masyarakat yg menjadi penasihat kami sepanjang ketegangan yg berlaku. Sbg ketua keluarga, Saya sayangkan isteri & anak-anak saya. Dan, saya akan mempertahankan apa yg telah kami bina bersama

♬ Jiwa Yang Bersedih - Ghea Indrawari

Aliff menjelaskan, tiada cerai berai yang bakal berlaku seperti yang didakwa oleh warganet. Dia sedang fokus sepenuhnya terhadap keluarga. Berkenaan dengan content yang dimuatnaik olehnya sebelum ini tiada kena mengena dengan hubungan bersama isteri.

Selain itu, Aliff mengakui kesilapannya menegur Aisyah ketika sesi live tersebut. Susulan dari semua kejadian yang berlaku, Aliff memohon kesemua penonton dan rakan-rakannya untuk mendoakan kebahagiaan mereka dan hentikan spekulasi.

Destination: