[VIDEO] Hafal Surah Al-Fatihah, Kanak-Kanak Perempuan Non-Muslim Raih Perhatian Ramai

TERKINI
January 11, 2024 - 02:53 PM


Sebagai orang Islam, kita sedia maklum bahawa surah Al-Fatihah merupakan salah satu surah yang dihafal kerana sering dijadikan pembacaan ketika menunaikan kewajipan solat dalam kehidupan seharian.

Namun siapa sangka, selain muslim, ada juga individu yang beragama bukan Islam menghafal surah tersebut. 

Buktinya, tular sebuah video di Tiktok yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berbangsa India membaca surah Al-Fatihah dengan lancar.

@dhacaayani79 Untuk Kawan Kawan Melayu Saya ❤️😍 #minyakkarucheeragam #poolangkilangumask #poolangkilangusoap #rambutlebat ♬ bunyi asal - SVD SIGNATURESTYLE

Budak perempuan yang dikenali sebagai Rashmika itu diminta oleh ibunya untuk membaca surah berkenaan buat rakan-rakan muslim.

“Rashmika, saya nak awak ‘nyanyikan’ doa untuk kawan muslim kita,” kata si ibu.

Sebaik sahaja disuruh, kanak-kanak tersebut terus memulakan bacaan dan dapat dilihat bacaannya lancar. Selepas sahaja menyelesaikan bacaan surah Al-Fatihah, Rashmika ditanya oleh ibunya bagaimana dia menghafal surah tersebut.

Kanak-kanak itu menjawab, dia hanya mempelajari surah berkenaan dengan sendiri. Menurut Rashmika, sekolahnya memainkan ‘lagu’ tersebut setiap hari sehingga dia boleh menghafal surah berkenaan.

“Saya belajar sendiri, sebab setiap hari mereka ‘nyanyi’ di sekolah, jadi saya belajar dengan cepat,” jelas Rashmika.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen-komen yang positif. Tak kurang juga ada yang membetulkan fakta bahawa bacaan tersebut bukanlah lagu tetapi surah yang terkandung dalam Al-Quran.

"Ini bukan lagu tetapi ayat Al-Quran (Surah Al-Fatihah). Kita umat Islam wajib membacanya dalam setiap solat yang kita lakukan. Boleh google maksudnya.

"Wahhh siap bunyi taranum weh.

"Bagusnya dia... Sedap pula alunan tu." tulis mereka.

 

Sumber: TikTok & Says Seismik

Destination: