[VIDEO] Ibu Hadiahkan Anak Penari Erotik Sempena Ulangtahun Ke-18

TERKINI
January 03, 2024 - 04:09 PM


Semua remaja pasti teruja apabila tibanya ulang tahun ke-18. Bagi mereka itulah momen pertama mereka bergelar "orang dewasa". Ibu bapa juga sering cuba menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat si anak yang semakin dewasa. 

Itulah yang dilakukan oleh seorang ibu dari Mexico. "Hadiah" yang diberikan buat si anak cukup istimewa sehingga menarik perhatian pengguna media sosial dari serata dunia.

Berdasarkan video, kelihatan seorang ibu yang sedang meraikan anaknya. Namun setelah si anak miniup lilin keknya, tiba-tiba muncul seorang gadis seksi. Rupa-rupanya si ibu telah menghadiakan anaknya seorang penari erotik sempena dengan ulang tahun ke-18.

Si anaknya kelihatan terkejut dan pengguna di media sosial juga menunjukkan reaksi terkejut. Ada juga yang berasa kelakar akan tindakan si ibu. Ibu bapa di Malaysia, jangan jadikan contoh pulak ya! 

Destination: