Warga Asing Bawa Motor Tanpa Lesen Buat Onar Lepas Langgar Wanita

TERKINI
March 06, 2024 - 05:36 PM


Isu lambakan warga asing di dalam negara sering menjadi isu perdebatan. Baru-baru ini satu pertengkaran kecil berlaku di mana seorang lelaki dipercayai warga Pakistan yang menunggang motosikal tanpa lesen terlibat dalam satu kemalangan di Bandar Baru Bangi.

Susulan dari kemalangan itu, lelaki tersebut didakwa tidak ingin mengaku kesilapannya di mana dia telah melanggar seorang wanita warga tempatan.

@pastigemuruh

 

♬ bunyi asal - Wan Mohamad Alif

Berdasarkan video, kelihatan lelaki Pakistan berkenaan cuba mempertahankan dirinya namun tidak dihiraukan malah dimarahi oleh warga tempatan terbabit.

Bagaimanapun, punca serta identiti sebenar mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu belum dapat dipastikan lagi. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung dengan kejadian.

Destination: