Yes 5G Kini Rangkaian Internet Terpantas & Termurah di Malaysia Tawarkan Iphone 15 Serendah RM21 Bulanan

TERKINI
November 03, 2023 - 04:57 PM


Yes 5G kini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai telco paling pantas di Malasyia. Terbaharu, Yes 5G bukan sahaja menjadi telco terpantas malah mereka juga berjaya menawarkan pakej termurah dengan kadar internet tanpa had kepada pengguna mereka.

Yes 5G Rangkaian Mudah Alih Terpantas Malaysia oleh Ookla​ 2022 & 2023

Kami telah bekerja keras untuk mencapai kedudukan kami hari ini, dan kami percaya bahawa ia telah membuahkan hasil. Sepanjang tahun perkhidmatan kami kepada rakyat Malaysia, kami telah berjaya menggondol pelbagai anugerah. Kami telah dianugerahkan terbaik dalam pelbagai kategori dalam Anugerah Penarafan Bintang MCMC, untuk kualiti perkhidmatan kami, kepuasan pengguna, tanggungjawab sosial korporat malah kami diiktiraf sebagai Operator Mudah Alih Terbaik.

Sudah tentu, dalam dunia rangkaian mudah alih, semuanya mengenai SPEED, kami tidak boleh melupakan pencapaian kami yang paling membanggakan juga - kami telah dinobatkan sebagai Rangkaian Mudah Alih Terpantas Malaysia oleh Ookla - dua kali berturut-turut pada 2022 dan 2023.

Walaupun merupakan yang paling berpatutan, kami juga komited untuk tidak berkompromi dengan kualiti perkhidmatan kami dan menyampaikan kelajuan rangkaian terbaik kepada pelanggan kami.

Dengan kolaborasi bersama Apple, pastinya dapat menjadikan Yes 5G pilihan rakyat Malaysia untuk mendapatkan iPhone dengan harga bulanan paling rendah buat masa ini. Dengan tawaran yang menarik serta murah berbanding telco yang lain serta membolehkan membeli secara ansuran selama 36 bulan dan 0% deposit dikenakan pastinya ia menjadi pilihan buat mereka yang mencari produk dari apple ini.

Yes 5G Untuk Semua - Yes 5G Pakej Rahmah

Bukan itu sahaja, Yes 5G juga mensasarkan untuk mereka dari golongan B40 yang ingin dapatkan internet terpantas dengan melancarrkan Yes 5G pakej Rahmah.

"Kami di Yes 5G mempunyai kepercayaan asas bahawa internet adalah hak asas untuk semua. Tidak kira di mana anda tinggal, atau siapa anda, semua orang berhak mendapat akses dan internet".

"Dan ini bukan sahaja mengenai internet mudah alih, kami juga telah mengembangkan harga mampu milik kami kepada jalur lebar rumah, dengan data dan kelajuan 5G yang tidak terhad. Jadi rakyat Malaysia boleh menikmati 5G walaupun dalam keselesaan rumah mereka sendiri". 

Dapatkan iPhone 15 Dengan Harga RM1 Padaa 11.11 Ini

Selain itu juga, pada 11.11 nanti yang akan bertempat di LOT 10, YES 5G juga turut memberi peluang kepada pembeli yang bertuah untuk membeli Iphone 15 Pro Max dengan harga hanya RM1.

Yes 5G Tawarkan iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro, Dan iPhone 15 Pro Max Dengan Harga Terendah!

Yes 5G hari ini menawarkan beberapa pelan pasca bayar Yes Infinite+ baharu yang membolehkan orang ramai memiliki iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Por dan iPhone 15 Pro Plus pada harga serendah RM21 sebulan. Ini adalah untuk iPhone 15 (128GB) menerusi langganan kepada pelan Yes Infinite+ Ultra 178 selama 36 bulan. Bagi yang inginkan model iPhone 15 Pro Max yang lebih mercu pula, ia boleh dimiliki dengan membayar RM81 sebulan juga menerusi langganan Yes Infinite+ Ultra 178.

Selain model terkini siri iPhone 15, Yes 5G turut menawarkan pelan untuk iPhone 14 dan iPhone 13. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan, harga serta terma dan syarat orang ramai boleh pergi ke laman web https://www.yes.my/iPhone/. Pelan kini boleh dilanggar menerusi rangkaian Yes Stores dan penjual rasmi Yes.

Yes 5G dengan penuh rasa menawarkan produk terbaharu Apple, termasuk iPhone 15 dan iPhone 15 Plus dengan reka bentuk baharu yang berwarna-warni, fitur Dynamic Island, sistem kamera canggih termasuk kamera Utama 48MP yang berkuasa tinggi dengan pilihan Telefoto 2x baharu, cip A16 Bionic dan USB -C; dan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, dengan reka bentuk titanium yang solid dan ringan, sistem kamera Utama 48MP yang setara dengan tujuh lensa pro berkebolehan dalam menghasilkan kualiti imej luar biasa, cip A17 Pro dan USB-C.

Barisan iPhone 15 akan tersedia untuk anda di https://www.yes.my/iPhone/ mulai hari ini, dan boleh didapati di Cawangan Yes dan Pengedar sah Yes mulai 3 November 2023. Untuk butiran harga dan ketersediaan yang lengkap, layari https://www.yes.my/iPhone/.

Dengan barisan iPhone 15 terkini, Yes 5G juga menawarkan peluang hebat buat pelanggan untuk memiliki iPhone 15 daripada hanya RM1 pada Hari Jualan Yes 11.11. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran menarik ini, layari http://yes.my/iPhone untuk mengetahui lebih lanjut.