5 Port 'Healing Rare' Mendamaikan & Tak Ramai Orang!

TRAVEL
July 18, 2023 - 11:38 AM


Sebut saja tempat healing korang pasti terbayangkan kawasan pantai seperti di Port Dickson, Pantai Chenang di Langkawi ataupun tempat bermandi-manda seperti di Air Terjun Serendah

Tempat-tempat sebegitu sudah tentunya penuh dengan orang  yang berkunjung pada hujung minggu kerana dikenali ramai dan mungkin sesetengah orang mahukan tempat healing yang lain dari yang lain atau mungkin masih belum diketahui ramai.

Semestinya korang nak healing sambil tengok pemandangan hijau dan nyaman.

Min senaraikan 5 port healing yang rare dan tak semua tahu tentangnya.

1. Bukit Berekeh, Sungai Siput

Bukit Berekeh atau dikenali juga nama lainnya, Bukit Botak yang menjadi destinasi pilihan para pendaki dan bukit ini berdekatan Sungai Siput, Perak ini terletak kira-kira 52km daripada bandaraya Ipoh

Bukit Berekeh ini menjanjikan pemandangan dan pengalaman yang mengagumkan kerana pada waktu pagi korang akan disajikan dengan pemandangan awan karpet yang menyelimuti 5 buah puncak bukit di sini.

Ianya kini menjadi tumpuan pendaki untuk datang ke Bukit Berekeh kerana pemandangannya yang indah dan menarik dengan rumput-rumpun yang tumbuh melatar di sekitar puncak bukit seakan-akan kawasan Savana.

Untuk pengetahuan korang, bukit Berekeh ini berketinggian 1,940 kaki atau 454 meter sahaja dan amat sesuai untuk korang yang inginkan pendakian yang santai dan rilek.

2. Lata Puteh, Selama

Lata Puteh yang berada di tengah-tengah Lenggong dan Batu Kurau, Perak ini boleh menjadi port terbaru korang yang inginkan adventure dan view air terjun yang amat memuaskan.

Lata Puteh ini terletak kira-kira 25km daripada pekan terdekat iaitu Lenggong dan sepanjang perjalanan mendaki air terjun ini dikatakan mencabar kerana kecerunannya 45 darjah yang mampu tingkatkan pengalaman adventurous!

Ketika korang mendaki, kedengaran sayup-sayup air terjun dari jauh yang mampu buat korang tak sabar-sabar untuk sampai ke puncak.

Segala lelah dan keletihan berakhir dengan satu kegembiraan apabila melihat keindahan air terjun Lata Puteh ini yang akan buat korang bersyukur kerana tidak putus asa sampai ke puncak. 

3. Batu Bertenggek, Kerling

Air Terjun Batu Bertenggek ini terletak di Kerling, Hulu Selangor dan pemanduan ke sini mengambil masa 1 jam daripada Shah Alam.

Batu Bertenggek mendapat nama kerana batu-batu di kawasan air terjun ini tersusun secara condong dan seakan-akan batu tersebut 'bertenggek' sesama lain. 

Pendakian ke Batu Bertenggek ni tidaklah lama kerana dalam 30 minit sahaja dan badan tak sempat peluh korang boleh sampai ke puncak air terjun ini.

Korang akan melalui ladang dan resort milik persendirian ketika mendaki air terjun ini dan setibanya di air terjun Batu Bertenggek ini, korang akan melihat air terjun setinggi 30 meter menuruni celahan batu.

Tak perlu risau jika korang pertama kali ingin hiking kerana di Batu Bertenggek ini telah tersedia 'guider' yang akan guide korang sampai ke kawasan air terjun.

4. Bernam Nature Hut

Bernam Nature Hut terletak di Ulu Bernam, bersempadan dengan Tanjung Malim dan pemanduan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Rawang. 

Terletak bersebelahan dengan Sungai Bernam yang mengalir lembut dengan akses seperti sungai dan gazebo, pastinya ia akan menjadi persinggahan yang bagus untuk berkelah bersama keluarga.

Tarikan utama Bernam Nature Hut ini adalah sungainya yang jernih dan menyegarkan yang mengalir daripada bukit-bukau Banjaran Titiwangsa.

Korang tak perlu risau jika arusnya deras kerana arus sungai di Bernam Nature Hut ini perlahan sahaja dan boleh buat korang tenang ketika mandi.

Bernam Nature Hut chalet mereka dan juga korang boleh bawa khemah sendiri kerana di sini tersedia tapak perkhemahan untuk anda.

Untuk harga setiap chalet yang kecil bermula RM150 dan untuk satu unit chalet besar yang memuatkan 7 orang dewasa berharga RM250 semalaman manakala harga untuk tapak perkhemahan pula RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 14 tahun.

5. Muse Eco Park, Gua Musang

Kalau korang nak tingkatkan adrenalin dengan membuat aktiviti seperti flying fox, rock climbing atau hiking, korang cubalah datang ke Muse Eco Park di Gua Musang ni.

Perjalanan mengambil masa 3 jam daripada Kuala Lumpur melalui jalan Kuala Lipis - Gua Musang dan korang juga boleh naik KTM tau dan turun di stesen KTM Gua Musang. Muse Eco Park ni sebelah je dengan stesen KTM Gua Musang.

Muse Eco Park merupakan one-stop center untuk pelbagai aktiviti rekreasi, kafe dan  ruang makan serta memudahkan korang yang datang dari jauh untuk mencuba aktiviti-aktiviti di sini.

Aktiviti di Muse Eco Park yang sering mendapat perhatian adalah via feratta yang bermaksud berjalan di dinding gua atau bukit. Ia menjadi perhatian pengunjung kerana pengunjung boleh lihat seluruh bandar Gua Musang dari ketinggian 40 meter.

Seterusnya korang boleh cuba menaiki flying fox yang berketinggian sehingga 40 meter namun sebelum mencuba flying fox ini pengunjung perlu mendaki gua kapur melalui via feratta sebelum mencapai platform flying fox.

Selepas mencuba pelbagai aktiviti sudah tentu penat dan Muse Eco Park juga mempunyai restorannya sendiri iaitu Warong Muse yang menghidangkan makanan seperti yong tau foo, roti titab dan sup kambing yang dicicah bersama roti yang mampu beliakkan mata korang.

 

Destination: