Cottage Unik Tepi Sungai Buat Penggemar Sukan Ekstrem Di Istana Sangkut, Kuala Krai!

TRAVEL
August 09, 2023 - 12:47 PM


Anda mesti inginkan sebuah port untuk lakukan sukan ekstrem sekali dengan penginapan, kan? Kalau di Kuala Kubu Bharu hanya menawarkan pengalaman merasai sukan ekstrem paragliding, zipline, rope swing dan bungee jumping sahaja.

Kalau hendakkan penginapan, kena tempah berasingan di sekitar tempat tersebut. Tetapi di Kuala Krai, Kelantan menyediakan penginapan yang cukup nyaman di tepi sungai.

Buat anda yang menggemari sukan ekstrem melibatkan alam, Istana Sangkut merupakan tempat sesuai kerana suasananya akan diingati. Disediakan sekali dengan penginapan yang anda takkan dapat di tempat lain!

Istana Sangkut Dengan Penginapan Unik!

Cottage percutian mampu milik di dalam hutan ini terletak di Kampung Chatel, mukim Laloh, Kuala Krai Kelantan yang mempunyai enam buah bilik yang sangat rare!

Anda akan dapat melihat pemandangannya amat jarang dilihat di semenanjung Tanah Air, Istana Sangkut merupakan extreme park berkonsepkan cottage di tepi tasik yang sarat dengan aktiviti untuk keluarga dan penggemar sukan tersebut. Biliknya terletak betul-betul tepi sungai dan diletakkan tinggi untuk mengelak dari ancaman kepala air. Jangan risau, keselamatan anda terjamin!

Istana Sangkut mempunyai enam buah cottage yang berbentuk U dan V yang selesa untuk didiami dan kedua-dua bilik ini mempunyai konfigurasi katil yang berbeza. Bilik berbentuk U dimuatkan dengan katil saiz queen manakala bilik berbentuk V terdapat dua katil single.

Menariknya dekat sini, dengan pemandangan yang tidak ternilai itu, biliknya serendah RM60 sahaja. Memang berbaloi gila weh! Harga tersebut termasuk sarapan pagi di sebuah kafe dengan binaan kayu. Boleh bayang tak betapa nyamannya di sini dengan feel yang sangat susah untuk dapat di tempat lain .

Masuk je ke Istana Sangkut ni, anda akan melihat nama-nama bilik ini dinamakan dengan nama watak dalam filem klasik Enam Jahanam iaitu Jagindas, Sujama, Mumbala, Karambit, Katipang dan Baragas.

Perhatian semakin mengujakan apabila ternampak sebuah tandas seperti yang digunakan pada zaman dahulu dengan tanda pangkah bertulis 'Marjinah' dan pondok di bahagian belakangnya dinamakan Ahmad Albab.

Dari segi kemudahan pula, terdapat bilik air dan surau pondok di luar yang selesa walaupun di dalam hutan.

Tawarkan Pelbagai Aktiviti Ekstrem!

Terdapat air terjun di Istana Sangkut ini serta bukan hanya untuk bermandi-manda sahaja, tapi mereka juga menyediakan pelbagai aktiviti outdoor yang boleh dimasukkan bersama dalam pakej antaranya :

  • Jungle trekking
  • Flying fox
  • Water crossing
  • Water confident
  • 4x4 experience
  • Survival cooking

Bagi beberapa aktiviti lasak, ia akan dipantau oleh empat bekas komando dan anda akan menjalankan latihan asas komando. Pengunjung juga akan diajar cara memasak dalam hutan dan berkongsi tip berkenaan hutan melalui ilmu dalam komando.

Disebabkan Istana Sangkut ini berdekatan dengan sungai, anda akan diajar membuat pekasam daripada hasil tangkapan daripada penduduk kampung ini. Menggunakan jenama Ikan Pekasam Chatel, pelbagai ikan dipancing akan dibawa pulang ke rumah untuk dibuat pekasam menggunakan resipi dari Selatan Thai.

Amat sesuai kalau anda nak bawa keluarga atau rakan-rakan ke Istana sangkut berikutan aktiviti-aktivitinya cukup menarik dan kalau nak buat team building pun okay sangat!

Sumber gambar : Senok Perut

Destination: