"Face To Face Dengan Valak!" - Pertama Kali Di Asia Tenggara, Pameran Imersif The Conjuring Universe Tour

TRAVEL
August 02, 2023 - 11:56 AM


Peminat francais filem seram terkenal dunia, inilah momen yang anda nantikan! Bersedia untuk merasai sendiri pengembaraan yang menggerunkan bersama The Conjuring Universe Tour, satu pengalaman seram imersif serba baharu yang menampilkan semula set dan adegan ikonik daripada filem seram popular New Line Cinema seperti The Conjuring, Annabelle dan The Nun.  

Pameran ini merupakan debut di Asia Tenggara! The Conjuring Universe Tour akan ‘merasuki’ The Curve di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia mulai 26 Ogos hingga 19 November.

Sebuah produksi oleh Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment, Sunny Side Up dan Incubase Studio, rakan kongsi dengan AM PM (HK) dan Ace Media Network, The Conjuring Universe Tour menjemput para peminat filem horror ke satu lawatan imersif untuk mengalami sendiri momen terkenal daripada The Conjuring Universe iaitu francais filem seram dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.

Dengan 20 zon yang tawarkan kepada peminat, satu perjalanan interaktif penuh dengan kejutan menyeramkan, para pengunjung dapat menjelajah set yang dihidupkan semula termasuk The Carta Monastery daripada The Nun. 

The Warren’s Artifact Room daripada siri filem The Conjuring dan Annabelle Comes Home. Perjalanan diteruskan dengan sebuah replika pokok ikonik setinggi lima meter, seperti yang dilihat dalam poster filem terkenal untuk The Conjuring.

Selain itu, para pengunjung juga boleh dapatkan pelbagai barangan eksklusif menarik yang dikeluarkan sempena pameran The Conjuring Universe Tour! 

Antaranya, para pengunjung boleh bawa pulang patung kecil atau ‘figurine’ yang menjadi rebutan iaitu POP MART Warner Bros. The Conjuring Universe Series yang berdasarkan 13 watak berbeza, serta patung figura Annabelle bersaiz 40 inci yang menjadi koleksi di samping memorabilia seperti kemeja-t, beg jinjing (‘tote bag’), rantai kunci, payung dan bermacam lagi!

Tiket ke The Conjuring Universe Tour boleh didapati menerusi laman web rasmi di www.theconjuringtour.com serta KLOOK, IncuTix dan e-dompet utama melalui WeTix pada harga berikut:

Harga Dan Waktu Operasi

  • Tiket Siang Isnin-Jumaat (Slot masa antara 11 pagi hingga 6 petang): RM80
  • Tiket Malam Isnin-Jumaat (Slot masa antara 6 petang hingga 10 malam): RM95
  • Tiket Siang Hujung Minggu (Slot masa antara 11 pagi hingga 6 petang): RM95
  • Tiket Malam Hujung Minggu (Slot masa antara 6 petang hingga 10 malam): RM110
  • Flexi Ticket Bundle (Antara 11 pagi hingga 10 malam) berserta satu patung kecil POP MART Blind Box: RM170
  • Lawatan Kumpulan Persendirian (Semua hari pada bila-bila masa, janji temu sahaja) untuk maksimum 12 orang: RM1,050

Ada Promo Istimewa Untuk Pembeli  Tiket Yang Terawal!

Dapatkan tiket anda bermula pada 1 Ogos dan nikmati diskaun 17% untuk Flexi Ticket Bundle atau diskaun 10 peratus untuk tiket standard sehingga 25 Ogos.

Oleh kerana tema dan pameran yang amat menakutkan, pengunjung di bawah umur 15 tahun dinasihatkan ditemani oleh seorang penjaga dewasa yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjagaan dan kelakuan mereka sepanjang lawatan.

Kongsikan pengalaman ini di laman sosial anda dengan tanda pagar #TheConjuringTourMY dan jangan lupa ikuti @theconjuringtour di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut dan kemas kini terbaharu.

Destination: