Gua Kelam Chalet, Chalet Ala Inggeris Yang Mendamaikan Jiwa!

TRAVEL
August 14, 2023 - 03:29 PM


Perlis boleh dikatakan antara negeri yang sangat underrated dari segi pelancongan! Banyak sangat hidden gem yang tersedia untuk korang tau! Salah satu landmark utama di Perlis sudah tentunya Gua Kelam. Siapa sangka, berhampiran dengan Gua Kelam ada satu chalet ala Inggeris yang cukup menawan!

Gua Kelam Chalet, merupakan satu penginapan yang diusahakan oleh satu keluarga. Gua Kelam Chalet ni boleh dikatakan sempurna untuk dijadikan port retreat untuk keluarga, pasangan dan juga kumpulan. Dihiasi dengan landskap semulajadi yang menghijau dan sangat mendamaikan! Menampilkan hiasan dalaman ala inggeris,minimal dan yang paling penting selesa!

Terdapat 6 jenis bilik yang boleh korang tempah:

1.  Presidential Suite - Sesuai untuk 4 orang, 2 katil Queen (dari RM468 per night)

2. Family Suite - Sesuai untuk 4 orang, 2 katil single dan 1 katil Queen (dari RM488 per night)

3. Junior Suite - Sesuai untuk 2 orang, satu katil Queen  (dari RM258 per night) 

4. Standard Room - sesuai untuk seorang, satu katil Queen (dari RM118 per night)

5. Deluxe Room - sesuai untuk 3 orang, satu katil Queen dan satu katil single (dari RM298 per night)

6. Superior Room - sesuai untuk 4 orang, 2 katil Queen (dari RM398 per night)

Kesemua bilik yang tersedia lengkap dari segi kemudahan asas tau seperti wifi, tv, shower dan tuala juga disediakan! Kolam renang pun ada, memang ngam untuk satu percutian keluarga! Selain itu, ada ruang hiburan untuk korang isi masa lapang dengan berkaraoke dan juga bermain pool! 

Antara aktiviti menarik dan lain dari yang lain yang ada di Gua Kelam Chalet:

1️⃣ Meneroka Gua Kelam 
2️⃣ Jungle Trekking


3️⃣ Ladang Haiwan dan berkuda


4️⃣ Berbasikal, basikal ada disediakan tau!


5️⃣ Bersantai

Berikut adalah maklumat untuk sebarang info dan tempahan:

_____________________________________________________

Alamat:

368 Belakang Sekolah Cina,

02200 Kaki Bukit, Perlis.

Email dan Facebook: [email protected] , Gua Kelam Chalet Perlis

No Tel: 019-5060596

Destination: