The House of Museum - Muzium Untuk Experience Zaman Atuk Nenek Di Melaka

TRAVEL
October 12, 2023 - 12:38 PM


Untuk anda yang nak datang ke Melaka atau bosan asyik pergi ke tempat yang sama di Melaka jangan risau, Min ada port baru untuk anda jalan-jalan. 

House of Museum adalah rumah yang penuh dengan barangan antik yang dapat memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk menikmati dan merasai zaman atuk nenek kita. Muzium kecil yang hanya memiliki dua tingkat itu memperlihatkan barangan dari zaman 1950-an sehingga 1970-an. 

Ada pelbagai barang lama seperti telefon, radio dan rokok yang sedikit sebanyak dapat gambaran keadaan atuk nenek kita dahulu. Zaman dulu, rokok bukan dalam kotak macam sekarang, tetapi dalam tin.

Untuk ruang tamu pula, pengunjung dapat melihat dan merasai sendiri perabot rotan, jam dan meja yang digunakan pada zaman dahulu. Banyak buku-buku lama yang anda boleh tengok. Cuba imagine kita di zaman P. Ramle.

Bahagian dapur juga menunjukkan ruang masak yang sangat berbeza berbanding zaman sekarang dengan tin-tin lama, cawan, pinggan, mangkuk, periuk dan cerek yang digunakan suatu masa dahulu.

Boleh imagine tak masak atas dapur macam ini? 

Selain itu, pengunjung juga dapat melihat kedai gunting rambut, pawagam, mesin jahit, seterika lama, pakaian dan lain-lain di muzium tersebut. 

Jadi, apalagi, jom rasai pengalaman 'hidup zaman dulu' dengan melawat House of Musem.

Lokasi: 82 Lorong Hang Jebat, 75200, Melaka

Tiket : Dewasa - RM 12, Kanak-kanak - RM 8