"Ini Baru Betul Syurga Kaki Hiking!" - Aura Montoria 'Permata' Baharu Di Kota Belud, Sabah

TRAVEL
July 27, 2023 - 03:15 PM


Untuk kaki hiking, mesti setiap hujung minggu menjadi waktu yang sesuai buat korang yang gemarkan aktiviti lasak tersebut, tak kira mendaki bukit atau gunung.

Sebut je nama bukit atau gunung di sekitar Lembah Klang dan semenanjung Malaysia, mesti korang dah biasa dengan cabaran serta pemandangan tersebut.

Jika korang mencari pengalaman hiking baharu, wajib cuba trail di Aura Montoria, Kampung Sayap, Kota Belud, Sabah. Aura Montoria merupakan sebuah pusat eko-edu tourism Sabah yang dijaga rapi bagi mengekalkan ekosistem dan keindahan negeri Borneo ini.

'Dihidangkan' Dengan Pelbagai Keindahan!

Buat pengetahuan korang, jika ingin berkhemah di sini, tapak perkhemahan terletak 1.5km dari starting point. Dilengkapi dengan bilik air dan bilik mandi serta anda juga boleh membawa makanan seperti mi segera dan minuman untuk mengalas perut. Di sini juga juga terdapat sebuah campsite yang boleh menyediakan makanan korang sendiri.

Sepanjang trail ini, korang akan melalui pelbagai kawasan hutan yang berbeza-beza. Dimulai dengan kebun getah, kemudian memasuki rimba yang dipenuhi dengan pokok-pokok besar. Malah, anda boleh melalui sebuah laluan yang tembus sebuah pokok besar di sini.

Lambakan tarikan utama yang menjadi highlight bagi hiker di sini termasuk :

  • Batu Mondou (Gung-Gung Cha)
  • Gua Mulut (Gua yang berbentuk mulut)
  • Waig Minorol (Kawasan punca air mineral dan boleh terus minum)
  • Wasai Minorol
  • Wasai ID Gua (Gua yang terdapat air terjun di dalamnya)

Kunjungan korang ke sini akan disambut dengan aktiviti seperti mendaki trail bertangga di kawasan penanaman getah, melalui kawasan air terjun dan gua serta memasak ala-ala koboi atau hanya menggunakan peralatan asas di camp site. 

Anda boleh merancang ke sini secara berkumpulan kerana anda memerlukan jurupandu untuk membawa anda melalui trail yang berliku menuju camp site.

Untuk meneroka Aura Montoria, korang perlu membayar mengikut pakej pilihan yang diingini. Namun cas camping dibayar berlainan tau. Tapi jangan risau, harganya memang sangat murah.

  • Bayaran hiking 6km (seorang) - RM35
  • Bayaran hiking 7km (seorang) - RM37
  • Bayaran 1 jurupandu untuk kumpulan 1 ke 5 orang - RM50
  • Bayaran 2 jurupandu untuk kumpulan 6 ke 10 orang - RM50

​Menarik-kan Aura Montoria, ni? Mana lagi anda nak trekking dan berjumpa pelbagai keajaiban alam yang memikat mata sebegini? Sebab tu lah korang kena datang sini walaupun sekali seumur hidup.

Aura Montoria

Alamat : Jalan Sayap, 89150, Kota Belud, Sabah

Destination: