Korang Pernah Teringin Nak Teroka Keunikan Bumi 'Genghis Khan'? Ini Itinerari 18 Hari Di Mongolia!

TRAVEL
October 31, 2023 - 12:04 PM


Mongolia hanya dipisahkan dengan Kazakhstan pada jarak 36.75 km sahaja dan merupakan negara ke-19 terbesar di dunia. Mongolia juga negara terbesar dunia yang tidak mempunyai pesisir laut. Suhu paling rendah dicatatkan di Mongolia -40 darjah Celcius. Dianggarkan 3 peratus penduduknya beragama Islam, kebanyakan berketurunan Turki dan Kazakh.

Terkenal dengan sejarah kepahlawanan panglima perang Mongol pada kurun ke-13, Genghis Khan, Mongolia menawarkan destinasi percutian yang agak menarik terutama bagi mereka yang ingin merasai pengalaman hidup bersama masyarakat nomad di kawasan pergunungan.

Jika anda ada impian untuk melancong ke Mongolia -- ini ada tip dan panduan berguna dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Musffy Y. Abdullah yang dikongsikan di page Backpackers Buddies Malaysia (BBM).

ITINERARI 18 HARI 17 MALAM DI MONGOLIA

Day 1: Ulaanbaatar

Day 2: Baga Gazriin Chuluu

Day 3: Tsagaan Suvarga

Day 4: Yol Valley

Day 5: Khongor Sand Dunes

Day 6: Bayanzag

Day 7: Ongi River

Day 8: Kharkorin

Day 9: Tsenkher

Day 10: Khorgo Terkhiin

Day 11: Murun City

Day 12: Lake Khovsgol

Day 13: Khuvshul Lake

Day 14: Uran Togoo National Park and Erdenet City

Day 15: Back to Ulaanbaatar

Day 16: Terelj National Park

Day 17: Ulanbaatar

Day 18: Departure

PERJALANAN 

Dari South Mongolia to North Mongolia, hampir 3000km keseluruhan perjalanan. Setiap hari perjalanan tak kurang dari 100km 3-4 jam. Dari satu tempat ke satu tempat. Mongolia sangat besar ya. 90% perjalanan offroad, lalu gunung, bukit, hutan, padang pasir, sungai dengan Van Delica. Paling lama perjalanan makan masa setengah hari sebab salji turun, jalan licin. Pukul 9 pagi bertolak sampai ger camp dalam kul 8 malam macam tu.

KEMUDAHAN

Travel kali ini lebih kepada adventure / extreme. Satu malam satu ger camp berbeza selama 17 malam. Macam-macam jenis ger camp dah rasa. Dari 1 star sampai 4 star. Ada yang toilet dalam camp, ada yang toilet nun jauh dari camp, 5 minit juga jalan kaki naik bukit ke toilet. sampai rasa tak nak pergi mandi pun ada. Tambah lagi tempat yang takda elektrik 24 jam. Air panas takda, mandi jelah beku-beku pun. Kadang air pun cenonet je, janji lepas mandi. Kebanyakkan kat sana, toilet dengan shower asing dan mesti luar dari ger camp. Toilet takda kepala paip. Yang ni saya dah research sebelum ke sana jadi siap-siap beli portable botol yang ada bidet tu. Senang nak pakai dalam toilet. Satu botol cukup untuk buang air besar dan air kecil.

Ada ger camp yang tilam empuk dan panas, ada yang tilam biasa, ada ger camp yang berlubang, yang takda pemanas, yang ada sofa, semuanya berbeza. Menarik juga sebab kita boleh merasai pengalaman tidur macam orang nomad sana. Yang takda pemanas tu, siap-siap la pakai sweater dua lapis dan toto dua lapis. Ada satu ger camp ni, sejuk sangat, pemanas takda, basic je ada katil dan meja. Saya pakai sweater dan windbreaker, pakai selimut dua lapis dan stokin yak, masih kesejukan sampai tak boleh tidur malam.

MUSIM SEJUK

Trip kali ini pergi waktu nak masuk musim sejuk. Sebelum tu dah tengok weather forecast , rasa-rasa boleh tahan sejuk tu. Tapi betullah orang cakap. Cuaca kat Mongolia ni extreme dan tak boleh diramal. 18 hari di Mongolia, takda satu hari pun panas walaupun ada cahaya matahari yang terik. Malah dekat padang pasir pun pasirnya sejuk. Yang panas, cuma air panas dan enjin kereta. Sebelum pergi ada cita-cita nak ambik gambar bintang-bintang di waktu malam, tapi apakan daya cita cuma tinggal kenangan. Jam 8 malam dah ada dalam ger camp sebab sejuk yang melampau, tak sanggup nak duduk luar. Saya ke sana lupa nak bawa lotion badan, balik je Malaysia, habis menggelupas kulit kaki, siap luka dan berdarah. Group kami antara yang last di sana sebelum mereka tutup untuk musim sejuk. Sana sejuk, yang tak mandi pun tak busuk atau berbau. Tapi sebagai orang malaysia yang dah biasa mandi setiap hari, maka saya pun akan teruskan mandi walaupun beku. Pelik je orang mongolia tengok kita mandi kul 6 pagi.

PEMANDANGAN

Walaupun musim sejuk, tapi pemandangan sangat cantik. Dari South ke North Mongolia, dapat juga rasa semua pemandangan. Dari hijau ke cokelat ke putih salju. Sempat merasa first snow turun di Murun City tak silap. Sempat main salji juga. Populasi haiwan di Mongolia lebih tinggi dari penduduk, jadi sepanjang perjalanan memang akan nampak kuda, yak, lembu, kambing, unta berkeliaran bebas. Gemuk-gemuk haiwan dekat sana. Alam semula jadi di sana juga cantik. Sangat cantik nak cakap. Lain pemandangan dengan Malaysia. Luar biasa ciptaan Allah swt. Rasa kita ni kerdil je macam tompok berbanding dengan gunung-ganang yang besar. Takda satu pun pencemaran bila berada di kawasan gunung, bukit ataupun hutan. Yang adapun 'dodol-dodol' peninggalan haiwan. Masa dekat sana hampir sebulan, takda pun naik jerawat, air bersih udara bersih. Balik je Malaysia nah seketul kat dahi.

PENDUDUK MONGOLIA

Baik orang-orang Mongolia ini. Yang di bandar, generasi muda boleh faham juga bahasa Inggeris. Kebanyakkan masih tak fasih bahasa inggeris, jadi komunikasi pakai isyarat tangan dengan bunyi je. Takpun tunjuk gambar. Nak tanya toilet kat mana kena tunjuk isyarat nak pergi buang air kecil ataupun bunyi 'shhhhhh'.Macam mana halangan bahasa pun, masih lagi boleh berkomunikasi. Saya pun belajar cakap hello dan thank you. Bolehlah buat borak-borak. Molek je dorang ni. Kulit putih pink, tinggi, mata bulat dan hidung mancung. Baru nak cari jodoh satu kat sana, tapi jauh pulak nak balik kampung nanti.

Once in a lifetime experience, kena cuba pergi travel di Mongolia. Belajar budaya dan cara hidup mereka. Memang akan rasa tak selesa tapi timbul juga rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Pemandangan dan alam semulajadi juga tak sama di Malaysia. Terus rasa kecik rupanya dunia kita di Malaysia, masih lagi ada dunia yang kita tak tahu jauh dari kita.

KESELURUHAN KOS

Kami pergi ke Mongolia ini dengan Travel Agent. Kos (termasuk flight, meal, hotel, visa, guide tip, transit di korea) dalam anggaran RM14k. Flight dari KL-Incheon-Ulaanbaatar - Incheon - KL. Meal 3x sehari (breakfast, lunch, dinner). Transport bus dan van. Accomodation ger camp dan hotel.

Destination: