Lagi Murah Dari Funfair! - Sunway Lagoon Night Park Buat Korang Rasa Tak Nak Balik

TRAVEL
July 26, 2023 - 01:01 PM


Sunway Lagoon adalah salah satu taman tema terbaik di Malaysia. Ramai menganggap Sunway Lagoon hanyalah sekadar taman tema air.

Taman tema Sunway Lagoon semakin menyeronokkan selepas satu lagi tarikan baharu diperkenalkan iaitu Sunway Lagoon Night Park yang khas untuk korang inginkan 'aktiviti malam' tanpa perlu berpanas dan kena sun burn bila buat aktiviti outdoor.

Daripada berhabis puluhan malahan ada cecah ratusan ringgit untuk berhibur di funfair, elok-lah kalau datang ke Sunway Lagoon Night Park yang menyediakan pelbagai tarikan yang boleh meningkatkan adrenalin korang.

Bertemakan ‘The Good, The Bad And The Wild’, tarikan ini mempamerkan budaya koboi serta Red Indian daripada negara Amerika Syarikat dalam persembahan dan juga permainan mereka. Dalam kawasan seluas 88 ekar ini mempunyai lebih dari 80 tarikan yang korang boleh cuba bersama rakan-rakan serta keluarga.

Bayar RM50 Boleh Main Macam-Macam!

Dengan bayaran RM50 korang dapat menikmati pelbagai tarikan termasuk slides dan rides yang ada di Sunway Lagoon Night Park. 

Korang boleh book cepat-cepat tiket Sunway Lagoon Night Park di Trip Carte  dengan harga yang lebih murah berbanding walk-in di kaunter mereka.

  • Dewasa (13-59 tahun) - RM50
  • Kanak-kanak dan warga emas - RM45

Bermacam-macam aktiviti dan tarikan yang menjadi tumpuan para pengunjung di Sunway Lagoon Night Park ini adalah : 

  • Permainan air di Grand Canyon River Rapid
  • Colorado Splash
  • Rodeo Bull And Wild Ride
  • Persembahan Spirit of Iosheka di Lorado Storage
  • Memerah susu lembu di kandang Farm Fresh

Bukan itu sahaja, tujuh rides menjadi satu kemestian terutama bagi korang yang mempunyai anak yang aktif. Antara tarikan lain adalah pengembaraan bersenjata, kumpulan muzik desa dan pertunjukan tarian.

Tak puas lagi? Sunway Lagoon Night Park turut adakan persembahan fire show dan lebih menarik lagi, mereka juga membuka tempahan untuk adakan BBQ. Berbaloi, kan!

Taman tema malam sangat sesuai untuk pengunjung yang mencari pengembaraan menyeronokkan tanpa henti dan korang pastinya akan bercerita tentang pengalaman pada tahun-tahun mendatang. 

Memang seronok bila datang beramai-ramai ke Sunway Lagoon Night Park dan rasai pengalaman berbeza berbanding taman tema yang lain. Cuti hujung minggu ajak kawan-kawan untuk pergi enjoy!

Sunway Lagoon Night Park

Waktu operasi : Dibuka setiap hari kecuali Selasa (6pm - 11pm)

Alamat : 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.

 

Destination: