"Level Lain Punya Sidai, Ni Cancel Terus" - MyAirline Gantung Operasi Mengejut, Penumpang Terkontang-Kanting

TRAVEL
October 12, 2023 - 11:16 AM


Syarikat penerbangan MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini. MYAirline dalam satu kenyataan berkata, penggantungan itu akan dibuat sehingga diberitahu kelak.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan tekanan kewangan yang ketara yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat penerbangan itu.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.

“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai perkongsian dan pilihan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada alternatif selain mengambil keputusan ini,” katanya di sini hari ini.

“Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul dan kami komited untuk membantu anda melalui situasi ini.

“Kami menasihatkan penumpang yang terjejas supaya tidak pergi ke lapangan terbang dan mencari pengaturan perjalanan alternatif ke destinasi mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, Lembaga Pengarah, pemegang saham dan semua di MYAirline akan bekerja tanpa jemu untuk menyambung semula operasi secepat mungkin. Pihaknya turut meminta pelanggan yang terkesan untuk menghubungi [email protected] untuk sebarang bantuan

Berita mengejut tersebut ternyata membuat para pelanggan yang telah menempah tiket dan membuat perancangan berang.

Destination: