Pengalaman Ditipu Pemandu Pelancong Semasa 14 Hari Pendakian Solo di Gunung Himalaya

TRAVEL
August 11, 2023 - 05:55 PM


Last Minute Solo Hiking in Himalaya Range : Mardi Himal Base Camp, and overseeing Annapurna South Summits

Ditipu guide, operator tak bertanggungjawab

4500metres

14 Days trip

5 Hiking Days

Cerita panjang lagi, kali ni lebih banyak twist and turn

Aku booked last minute flight ke Kathmandu 8 jam prior to departure and booked a hiking package with local operator menggunakan Klook.

Without any physical preparation, proper acclimitization, anaemic, aku just pack whatever aku boleh pack into my bag and get everything organized and having a restless 2 hours sleep sebelum departure.

Aku plan semua ni jam 3.40am selepas aku rasa aku xnak ke europe or cycling trip or any other much earlier intended travel destinations. I just want to conquer the base camp in Himalaya.

Aku tiba di Kathmandu dengan penerbangan Batik Air pada waktu malam tanpa pengetahuan banyak tentang visa on arrival, duit belum tukar dan semuanya unprepared, minit2 terakhir baru enable international withdrawal dan insurance + extreme sport insurance purchase.

Jom kita flashback 8 jam ke belakang.

Selepas aku book di Klook, 6 jam kemudian aku terima whatsapp dari operator meminta aku membatalkan trip.

Aku sedang mamai kekurangan tidur bertanya kenapa? Dijawab Klook akan release payment lambat pada mereka.

Aku cakap aku xleh cancel sebab terma dan syarat klook sudah tertera. Kalau nak cancel and get refund aku kena book seminggu awal, which aku percaya operator kena set sendiri period of refund for cancellation di operator dashboard.

Operator hiking tetap berkeras minta aku mesej cust service Klook dan tukar ke tarikh lain agar aku ada period mencukupi untuk request full refund, tapi semua ni bukan immediate reverse charge ke kad bank aku. Operator minta aku bayar direct pada mereka. Time ni aku mmg dah xde mood and serious red flag sebab melakukan transaksi di luar platform amat berisiko.

Akhirnya klook tukarkan tarikh aku ke seminggu kemudian, but aku x terima apa2 confirmation email dari klook yang memaksa aku contact cust service klook untuk retain original date of trip.

Mereka setuju. Tapi operator terus berdiam diri, aku tak beri muka pada mereka and 4 jam lebih flight ke kathmandu aku wonder samada mereka akan cancelkan trip aku atau x, apa aku nk buat 14 hari kat sana kalau aku x pergi 10 days hiking trip?

Setibanya aku di airport, aku bayar visa on arrival dan menggunakan wifi percuma airport dan aku terima mesej ada seseorang akan jemput aku di airport ke hotel.

Aku sedikit lega, and kisah awal tadi semuanya macam tiada apa2. Jadi aku luangkan 2 hari untuk adjust diri dengan cuaca dan altitude dan makanan di sana

Hari ke 3, aku disapa oleh guide yang dilantik operator, aku pilih solo hiking with guide and porter, tapi aku cuma dapat seorang guide, aku dibawa ke hotel lain untuk berehat dan bersedia sebelum bergerak ke Pokhara selama 11 jam.

Esok pagi, jam 530am guide janji untuk tiba di hotel, aku dah tunggu tapi guide belum sampai, akhirnya 645 guide tiba dan dengan muka tidak mandi, berbau arak amat kuat aku bergerak ke Pokhara ditemani bau arak tersintesis dari dengkuran guide berjam - jam di dalam bas dan hanya berasa lega bila bas berhenti di hentian rehat.

Perjalanan ke Pokhara mengingatkan aku pada Malaysia 40 tahun dahulu, jalan rosak teruk, habuk dan sesak, jarak 200KM mengambil masa 11 jam untuk diselesaikan.

Aku baca dengan teliti itinerary asal serta terma dan syarat, aku faham hari pertama ke pokhara aku kena tanggung kos makan dan minum sendiri, tak jadi masalah untuk aku. tapi...

Masalah pertama bermula:

1. Di Pokhara, makan minum guide dibiaya aku?

Dan memburukkan cerita, guide order 2 beer untuk diri dia tanpa rasa malu.

2. Aku diberikan bilik dan berkongsi dengan guide and aku sangat tak gembira sebab sepatutnya aku diberikan bilik berasingan, guide berdengkur dan mengigau

3. Guide mabuk sehari sebelum ke pokhara, jadi dia tidak dapat pack baju mencukupi hanya berbekalkan apa yang ada diluar kamar sebab gaduh dengan bini, pintu dikunci

Kami mula mendaki, aku cuba lupakan and maafkan apa yang berlaku. aku just nak berhibur, tapi rupanya aku makin kecewa. kecewa bukan aku hati tisu, tapi guide makin tunjuk belangnya.

4. kami bermalam di sebuah lodging, hanya aku sahaja yang mendaki untuk 3 hari ini berdasarkan makluman pemilik lodging.

Guide aku mula meminum local rice wine sampai 7 gelas, mabuk dan mula membuat perangai, dia jadi malas, dia taknak teruskan mendaki esok dengan alasan cuaca buruk, sedangkan hujan hanya renyai. Cerita tentang dia dan isteri mula menjadi perbualan di atas meja makan. Aku pelik, kenapa aku diberikan air kosong sedangkan ada air teh dan kopi, dan telur serta pizza dan apple pie dijanjikan operator. Aku hanya dijamah Dhal Bar berlaukkan rebung buluh. Aku dah 1/5 dari total hike, aku hampir give up and decide untuk patah balik dan cancelkan trip. Yang mengejutkan aku, lodging company kata aku kena tambah RM15 sebab guide aku order local wine sampai 7 gelas X 2 malam.

5. Aku mula distancekan diri aku dari guide, aku kuatkan mental and kata xpe, aku dah almost halfway, layankan je and rekod bukti sikap guide untuk dilapor pada operator.

6. Guide mula sibuk tanya berkali kali harga telefon aku, aku mula rasa tak sedap hati, mengenangkan dia cerita rumah dia dilanda tanah runtuh, yang mana lepas aku periksa, itu cerita lama. Dikarang and diulang. Dia cerita pelanggan sebelum ni dari australia bagi dia 1000AUD untuk repair rumah dia. Adakah rumah dia dilanda tanah runtuh 2 kali dalam setahun? AKu tak percaya.

7. Guide mula kehabisan duit, duit dibekalkan operator untuk bayar hotel dan makanan seperti dijanjikan habis digunakan untuk local rice wine dan rokok, dia mula menjadi biawak hidup.

8. Baju dan seluar aku dipinjam, dan dicampurkan di dalam beg dengan bau tengik dia sebab hari ke 4 dia masih belum mandi. And aku masih berkongsi bilik dengan guide aku.

9. Aku mula risau dengan duit, kad bank dan telefon serta dokumen aku, line telefon mula teruk sebab cuaca tidak baik. aku mula sorok dan simpan duit di beberapa lokasi, telefon aku simpan di kocek sewaktu tidur, kata laluan aku tukar setiap 12 jam.

10. Guide aku mula nampak aku mula ada gap dengan dia, dia masih tak berhenti mabuk di hari 4 dan 5 sehingga ke low camp.

Makanan makin teruk, tapi rice wine dia masih diteguk.

Dia masih tidak mandi, dan aku percaya bilik sepatutnya ditempah 2 jadi 1 sebab dia nak gunakan duit tu untuk mabuk

11. Guide aku mula busy suruh aku rekod video dia untuk dia upload ke tiktok, dengan harapan berjaya mengumpan lifestyle dia best, and aku mula tak selesa setiap kali dia minta aku unlock telefon waktu aku sedang caj, sebab iPhone kadang kala akan minta passcode untuk enable facial unlock.

12. Aku mula terserempak dengan pendaki lain yang turun, guide mereka lebih terurus, bilik berasingan, dan tidak minum arak langsung. Guide aku complaint kat aku sebab mereka sombong. Dalam keadaan mabuk dia masih mengigau dan berdengkur dengan bau tengik kaki dan badan dalam baju dipinjamkan, dia kata dia lebih bagus dari guide kumpulan yang baru turun.

Aku mula faham, memang betul terma syarat pakej, guide dan porter dengan pendaki tidak akan menginap di bilik sama.

masuk hari hari seterusnya, aku jadi murung, aku dah terlalu jauh untuk batalkan semua dan mula asingkan diri dari dia. dia baring tak berbuat apa2 hanya diam main lagu2 nepal dan video2 tiktok yang telah dimuat turun berkali kali sedangkan internet takde di sana. semuanya mula jadi sangat annoying.

Masuk hari ke 7 aku dah kumpulkan banyak bukti kecelaan dia. aku makin mual dan loya. dan akhirnya tiba di base camp, sedikit mengubat jiwa.

Aku nekad kata, 3 hari ini akan jadi 2 hari terakhir, dan lepas ni aku xkan jumpa dia lagi. tahan lah, sikit je lagi.

And aku akhirnya dikejutkan dengan dia membatalkan 2 hari terakhir dengan alasan cuaca.

Cuaca amat baik, kalau tak baik aku tak nampak puncak Mardi Himal dan Annapurna tu.

Aku mula sangsi, mungkin dia dah guna habis duit dengan rokok dan local wine dan semua makanan sedap2 dimakan seorang diri. aku hanya dijamah dhal bar dari hari pertama sehingga hari ke 7.

Hanya sekali aku makan kentang rebus dan mee segera itupun sebab aku rasa harganya lebih murah and tekak aku dah mula kembang.

13. Dia kata, kita akan balik lalu jalan lain, and menaiki van mini, hanya 5 jam ke kathmandu, aku ditipu, aku sepatutnya naik bas tourist dengan pendingin hawa tapi sebab duit dia habiskan, aku berhimpit 13 orang dengan kepanasan selama lebih 10 jam termasuk 1 jam terkandas akibat pemandu van mini tiada permit bawa pelancong (aku). Dan itu adalah salah dia.

Aku ada duit, and tak jadi masalah untuk bayar sebenarnya. tapi sebab aku pelanggan yang dah bayar penuh harga pakej dan dah bayar duit tips harian, aku berkeras tidak akan keluarkan duit lagi.

Dia mula membiawak, masih meminta makanan mahal2 dan beer hanya untuk tontonan follower tiktok dia. wang deposit 100 ringgit untuk sewa sleeping bag dia ambil semula dan diagunakan untuk potong rambut dia tanpa persetujuan aku.

Itu duit aku, nilai memang kecil, tapi dia potong rambut dan beli rokok? Kemudian dia masukkan baju2 dia dalam plastik untuk aku basuh tanpa aku benarkan dan dibayar oleh aku?

Aku makin rasa jelik dan sangat stress dan sedih dan kecewa dengan semua yang berlaku.

tiba di kathmandu aku diberikan hotel satu malam tanpa elektrik, sedangkan hotel lain ada. tiada farewell dinner, free tshirt seperti dijanji operator, aku decide untuk blah dari hotel sebelum dia tiba sebab dia ajak aku ke bilik sewa dia untuk jumpa anak dia dan sambut birthday anak dia. And aku diberitahu ada 3 orang lain sewa bilik sawa, aku mula memberi alasan, aku mula reka cerita di semua network dia (hotel, pemandu teksi) yang aku akan bergerak ke Bangkok dan pulang ke malaysia dengan segera kerana hal kerja.

Aku berpindah ke hotel lain berdekatan dengan balai polis dan aku pastikan semuanya selamat seperti cctv dan barb wire serta guard menjaga aku di sini.

Aku menulis panjang dan berkongsi pengalaman ini sebab aku rasa benda ini patut dicerita. Supaya tiada orang lain menjadi mangsa, aku akan mula melaporkan kepada pihak klook dan operator.

Aku akan maklumkan kepada klook operator gagal melantik guide dan menjalankan trip seperti dijaja, serta aku akan laporkan cubaan operator minta aku membatalkan booking dan bayar direct kepada mereka.

And aku akan mula laporkan kepada operator semua bukti guide aku dengan gambar dan video sikap buruk dia dan apa yang berlaku and demand compensation pada hari2 yang tak diselesaikan serta makanan yang tidak seperti dijanjikan atau aku akan dedahkan nama syarikat mereka.

Sekian,

Travel itu tak semua indah belaka

Berhati hati lah kita

http://instagram.com/lastminutewanderer/

Perkongsian : Azree Muhamad