Sandakan & Kinabatangan Bosan? 10 Tarikan & Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Explore!

TRAVEL
September 05, 2022 - 01:07 PM


Sandakan atau dahulunya diberi nama 'Elopura' adalah bandar kedua terbesar di Sabah! Cukup terkenal di kalangan pelancong antarabangsa sebagai bandar alam-semulajadi, namun kurang mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia sendiri. 

Jadi, kali ini kami akan kongsikan keindahan dan tarikan di sekitar Sandakan yang confirm akan buat korang teruja dan jatuh cinta dengan Sandakan.

1. Jejak Warisan Sandakan

Tak kenal maka tak cinta. Untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah bumi Sandakan, korang kena experience sendiri Jejak Warisan Sabah ni. Ada 10 tapak warisan yang boleh korang visit. Terdapat pelbagai sejarah dan kisah menarik menanti anda di setiap lokasi!

2. Rumah Agnes Keith, Kediaman Penuh Misteri

Kami berpeluang untuk singgah ke Rumah Agnes Keith. Antara lokasi tarikan utama untuk "Dark Tourism" di Sandakan. Terdapat pelbagai kisah misteri yang berlaku di kediaman ini. Korang wajib datang ke sini untuk rasai sendiri 'vibe' yang cukup unik dan belajar tentang siapa Agnes Newton Keith dan apa sumbangannya ke bandar Sandakan.

 

Bayaran Masuk: Warganegara    RM 2.00

3. Bergambar dan mengenang sejarah di Sandakan Memorial Park

Taman Peringatan Sandakan ialah satu tapak peringatan yang dibina di bekas kawasan bekas kem Sandakan di Sabah, Malaysia. Tapak ini didedikasikan sebagai peringatan untuk semua tawanan di kem yang meninggal dunia semasa Kawat Maut Sandakan, dan kepada mereka yang meninggal dunia semasa kawat ke Ranau. Ia juga mengiktiraf penderitaan dan pengorbanan masyarakat tempatan.

Tempat ni memang cantik! Sesuai sangat untuk korang kaki OOTD! Masuk adalah percuma.

4. Nikmati keindahan alam di Rainforest Discovery Centre

Rainforest Discovery Centre (RDC) adalah lokasi sempurna untuk korang menikmati keindahan flora dan fauna hutan tropika Borneo!

Tarikan utama di sni mestilah canopy walkway sepanjang 363 meter! Memang cantik and boleh jadi port OOTD dan bergambar korang. Selain itu ada Plant Discovery Garden, dan juga Hutan Simpan Kabili-Sepilok. RDC juga terkenal sebagai salah satu tempat untuk pemerhati burung kerana terdapat pelbagai spesis burung.

Bayaran Masuk: Dewasa RM7

5. Up close and personal dengan Orangutan di Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok

Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok ditubuhkan pada 1964 dan dijadikan pusat rehabilitasi untuk orangutan yang kehilangan keluarganya. Bermula dari situ, pusat tersebut telah dikembangkan menjadi salah satu tarikan pelancong. Siap ada feeding platform terbuka untuk pengunjung saksikan sendiri bagaimana orangutan liar di habitatnya sendir!

Bayaran Masuk: Dewasa RM 5

6. Tengok keletah comel Beruang Madu di Bornean Sun Bear Conservation Center

Kalau korang dah singgah Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok, korang wajib jugak singgah Bornean Sun Bear Conservation Center yang terletak betul-betul bersebelahan je. Tengok nama je mesti dah tahu kan tarikan utama di sini. Jom tengok kerenah Beruang Madu yang cukup mencuit hati. 

Selain itu, pusat ini ditubuhkan untuk melindungi dan dijadikan sebagai pusat rehabilitasi beruang madu yang berjaya diselamatkan. Banyak info menarik tentang beruang madu menanti korang!

Bayaran Masuk: Dewasa RM 5

7. Menginap di Bilit Adventure Lodge

Kalau korang mencari satu penginapan yang dekat dengan alam semula jadi, tenang dan sunyi memang inilah tempat yang terbaik! Yang lagi best pihak Bilit Adventure Lodge boleh uruskan kesemuanya untuk korang. Dari bilik penginapan, river cruise di Sungai Kinabatangan, makanan dan juga servis bot!

Apa yang unik di sini adalah korang dikelilingi hutan tebal, bunyi hutan dan sungai yang menenangkan. Bangun awal sikit kalau nak tengok kabus dan sunrise di Sungai Kinabatangan! Bilik pun sangat selesa dan lengkap dengan air cond.

Harga Bermula: RM185/pax untuk warganegara

Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh ke www.stwadventure.com atau hubungi +6016 826 4567 (Johnny Lim), email: [email protected]

8. Aktiviti wajib cuba, River Cruise di Sungai Kinabatangan!

Tak sempurna trip ke Sandakan kalau korang tak experience sendiri rasa thrill river cruise di Sungai Kinabatangan! Untuk ke Sungai Kinabatangan, korang perlu drive dalam 2 jam setengah dari bandar Sandakan.

Sungai Kinabatangan merupakan sungai terpanjang kedua di Malaysia! Terkenal dengan nama "Amazon of Malaysia". Kalau dah diberi jolokan sebegitu, sudah tentu Sungai Kinabatangan kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna.

(Sumber Gambar: kated.com)

Menyusuri Sungai Kinabatangan, korang bakal berpeluang untuk bertentang mata dengan beratus buaya liar. Agak menakutkan tapi satu pengalaman yang cukup unik. Selain itu ada pelbagai spesis burung seperti enggang, monyet proboscis dan kalau korang bertuah boleh jumpa dengan gajah pygmy!

9. Syurga Hidangan Seafood

Kalau korang nak enjoy hidangan seafood, Sandakan adalah tempat terbaik di Sabah! Semua makanan laut yang dihidangkan fresh dan yang paling best harganya sangat berbaloi! Sepanjang trip kami di Sandakan, setiap kali makan malam kami dihidangkan dengan makanan laut. Memang sedap dan puas hati!

Sempat juga cuba Siput Tarik, antara hidangan lokal yang special di sini! Kebanyakan restoran menyediakan hidangan ala chinese food. Jangan risau sebab terjamin halal!

Antara restoran yang terkenal:

Empire Seafoods Restaurant :  174, Lorong Avenue 5,Bandar Utama., 90000 Sandakan, Sabah, Malaysia

Kenalanmu Seafoods Restaurant: Bandar Indah, 90000 Sandakan, Sabah 

Sim Sim Seafoods Restaurant:  H90, Lot 296, Jambatan H, Rumah Murah, Jalan Buli Sim Sim, Sandakan, Malaysia

10. Belajar gaya hidup tempatan di Miso Walai Homestay

Miso Walai Homestay, homestay yang dibangunkan oleh Batu Puteh Community Eco-Tourism Co-Operative (KOPEL Berhad) ini baru sahaja memenangi Anugerah Kampung Pelancongan Terbaik oleh The United Nations World Tourism Organization (UNWTO) pada tahun lepas!

Banyak aktiviti menarik menanti korang, dalam erti kata lain korang dapat belajar dan mendalami gaya hidup penduduk tempatan khususnya Orang Sungai. Antara aktiviti yang best adalah belajar tarian, bermain alat muzik, pertunjukan silat dan juga kelas memasak!

Selain itu, korang boleh singgah ke Tungog Rainforest Eco Camp (TREC). Ada tasik Tungong yang cukup cantik Boleh bagi title nature getaway sempurna sebab kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna. Sepanjang trekking ke TREC, korang boleh lihat sendiri tapak kaki atau tinggalan haiwan yang berada di sana.

Di TREC jugalah kami mengambil kesempatan untuk belajar menu istimewa tempatan iaitu ikan tapah masak ampap and nangka masak lemak. Diajar oleh Orang Sungai sendiri tau! Bila makan masakan hasil tangan sendiri memang mantap!

Contact no Miso Walai Homestay​ :+60 8955 1070 (Saidal)/ [email protected]

Contact no Tungog Rainforest Eco Campwww.tungoglakeecocamp.com 

 

 

 

 

Destination: