"Sayangnya, Tempat Cantik" - Pengunjung Kecewa, Bukit Kincir Angin Di Pulau Perhentian Jadi Kawasan Larangan

TRAVEL
October 03, 2023 - 02:53 PM


Antara hidden gem jika korang bercuti ke Pulau Perhentian sudah tentunya pemandangan ikonik kincir angin.  Korang tahu tak sebenarnya bukit yang menempatkan kincir angin di pulau peranginan itu adalah kawasan larangan dan bukan untuk tujuan pelancongan.

@farisizwan95 20minit hiking ke khincir angin last2 dah tutup 🥲 #pulauperhentian #terengganu ♬ bunyi asal - haa

Viral di platform TikTok, satu video yang memaparkan seorang pengunjung yang kecewa setelah 20 minit tiba di kawasan bukit kincir angin yang telah ditutup dengan pagar siap dengan papan amaran.

Memetik laporan Berita Harian pada tahun 2019, kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan pengunjung terutama pelancong ketika mendaki atau menuruni bukit untuk melihat kincir angin di situ.

Jadi lepas ni, kepada korang yang ada rancangan untuk bercuti ke Pulau Perhentian janganlah menceroboh ke lokasi kincir angin berkenaan.

Bahaya, sebab jika berlaku sebarang kejadian tak diingini semasa korang mendaki atau menuruni bukit tersebut, tiada pihak akan bertanggungjawab. Sudahnya korang juga yang akan susah dan merana.

So, lepas ni elakkan daripada mengunjungi tempat itu sebab banyak lagi lokasi-lokasi cantik dan indah-indah belaka di Pulau Perhentian yang boleh korang enjoy!

Destination: