[VIDEO] "Tabik Spring La Bang!" - Netizen Kagum Malim Gunung Kinabalu Selamba Gendong Wanita Berat 84 KG

TRAVEL
July 12, 2023 - 04:37 PM


Tindakan Malim Gunung Kinabalu yang membantu seorang pendaki wanita telah berjaya mencuri perhatian orang ramai baru-baru ini.

Mana tidaknya, Malim Gunung yang berbadan kecil itu kelihatan selamba mendukung seorang wanita yang tidak bermaya turun dari puncak.

Percaya atau tidak, berat pendaki wanita yang didukung oleh Malim Gunung berkenaan dikatakan mencecah 84 kilogram (kg).

Tular di media sosial, aksi mencemaskan yang berlaku di puncak Gunung Kinabalu itu sempat dirakam dan dikongsikan menerusi laman TikTok.

@joetanggaron 84kg.. taksi gunung #gunungkinabalu #malimgunung #fyp ♬ Better Me Remix - EMCEE’R KOEL

Menurut video berkenaan, wanita itu dililit kemas pada badan malim gunung dengan menggunakan tali sebelum dibawa turun degan selamat.

Difahamkan, ketika kejadian, Malim Gunung itu tidak bersendirian dan ditemani oleh rakan sekerjanya yang turut tampil di dalam video tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna TikTok mengagumi kebolehan Malim Gunung menempuh perjalanan yang mencabar itu.

Mencuit hati, ramai juga penonton mencuba untuk menerka berapakah bayaran yang dikenakan Malim Gunung terhadap wanita berkenaan.

“Terbaiklah Malim Gunung Kinabalu. Paling kuat, sanggup gendong orang besar turun gunung. Cayalah!,” kongsi seorang pengguna.

“Dahulu dalam lima ke enam tahun lepas upah RM300 per kilometer (km). Sekarang tak tahulah berapa. Ikut budi bicara.” kata pengguna lain.

Malim Gunung merupakan individu yang arif dengan selok belok pendakian dan sering dilantik untuk mengetuai sesuatu ekspedisi mendaki.

Ada juga di antara mereka yang mengambil upah untuk membawa barang-barang pendaki sama ada ketika menaiki atau menuruni gunung.

Umumnya, bayaran upah yang dikenakan Malim Gunung terutamanya di Gunung Kinabalu dikira berdasarkan berat per kilogram (kg).

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: