Tanda-Tanda Kematian Menurut Islam, Sejauh Mana Kebenarannya?



Di dunia ini, tiada apa yang pasti kecuali mati. Cuma bagaimana cara kita mati, dimana tempat kita mati dan waktu bila kita menemui ajal tersebut hanya diketahui oleh Allah SWT.

 

 

Mengenai tanda-tanda kematian, kalau kita buka laman-laman blog di internet banyak perkongsian artikel berkenaan tanda-tanda 100 hari sebelum kematian. Persoalannya disini, boleh percaya atau tidak? Adakah memang tertulis di dalam al-Quran ataupun hadis mengenainya?

Untuk menjawab persoalan ini, kita rujuk kepada satu penulisan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan dalam ruangan al-Kafi li al-Fatwi ke 454. Ternyata, jawapan yang diberikan tidak mengejutkan, sama seperti apa yang kita persoalkan iaitu, sumbernya adalah dari al-Quran atau tidak.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat ke 34 yang bermaksud

“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.”

 

Menurut ruangan tersebut lagi, tanda-tanda 100 hari kematian boleh digunapakai jika ianya pengalaman peribadi dan boleh dijadikan panduan umum. Tetapi, kita tidak boleh meyakini bahawa ia adalah sebenar-benar tanda sebelum kematian.

Secara pasti, memang tiada dalil sahih yang menceritakan tentang tanda-tanda 100 hari kematian tersebut. Tetapi, tidak dinafikan memang ada sebagian ulama yang diberikan kelebihan olleh Allah SWT untuk merasakan atau mengetahui tanda-tanda kematiannya.

Jadi, apa tugas kita sebenarnya menghadapi mati nanti? Adakah kita bersedia? Persoalan kedua, sekiranya kematian berlaku di rumah kita, tahukah apa yang kita perlu lakukan?

Inilah yang dirisaukan terhadap generasi yang akan datang dan juga generasi muda zaman sekarang. Benar, pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah, tetapi jika tiada seorang pun yang ambil tahu akan hal ini, tidakkah jatuh hukum berdosa kepada kita?

Untuk itu sepatutnya kita kena ada persediaan. Pernah dengar pasal Tabung Khairat Kematian?Khairat Kematian ini ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian dan digunakan untuk pengurusan jenazah.

Kini, Bank Muamalat ada menyediakan khidmat pengurusan jenazah dengan pelbagai manfaat yang bakal diperolehi oleh peserta dan anak-anak serendah RM59 setahun dan antara manfaat daripada menyertai Darul Jenazah daripada Bank Muamalat ini adalah :

  1. Pengurusan Jenazah Lengkap
  2. Wang Khairat
  3. Khatam Al-Quran
  4. Zikir Tahlil

Selain itu, dalam produk terbaru Bank Muamalat ini, terdapat manfaat-manfaat yang bakal diterima sekiranya berlaku kemalangan.

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian 1-300-88-8787 atau, layari laman web www.muamalat.com.my