‘Adik Pengawas’ Patut Dicontohi, Walaupun Hanya Eksperimen Sosial




Kira-kira petang semalam, viral tentang video yang dikongsi oleh seorang personaliti tv iaitu Ally Iskandar yang menunjukkan satu sikap murni seorang pelajar dalam tren.

Video yang mengundang pelbagai respon tidak sahaja di Facebook tetapi juga di Twitter telah di  share sebanyak 35,000 kali dalam sehari dan kami juga ada kongsikan video berkenaan hari ini.

Tindakan adik pengawas berkenaan yang memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita yang sedang sarat mengandung ini mendapat pujian ramai. Selain itu, ‘abang-abang’ yang di tempat duduk bertentangan telah dikecam berjemaah oleh netizen.

Tetapi, hari ini, muncul pula sekeping gambar untuk menjelaskan apa yang terjadi sebenar-benarnya. Menurut saudara Fazly Hafiz Yahya, video berkenaan hanyalah sekadar eksperimen sosial untuk melihat reaksi orang ramai.

Buat masa ini, belum ada maklumat lengkap sama ada ‘abang-abang’ yang ada dalam video berkenaan turut terlibat sama atau sebagainya. Tapi dari apa yang kami nampak, tak ada seorang pun yang terus offerkan tempat duduk masing-masing kepada wanita berkenaan.

Sekalipun ini hanyalah eksperimen sosial, diharapkan ia tidaklah berlaku di dunia realiti, kita utamakanlah mereka yang lebih memerlukan. Wanita mengandung, warga emas, golongan istimewa dan sebagainya… Janganlah jadi ‘selfish’.