‘Jangan Ke Paris Hingga April’ – Eurostar

TERKINI
March 27, 2019 - 05:23 PM


Pengendali keretapi yang menghubungkan London dengan beberapa bandar, Eurostar baru-baru ini mengeluarkan amaran supaya tidak menggunakan perkhidmatan mereka untuk ke Paris sehingga April.

Ini berikutan tunjuk perasaan yang diadakan oleh pihak kastam Perancis di Stesyen Keretapi Gare du Nord di Paris.

Disebabkan tunjuk perasaan tersebut, dikhabarkan penumpang perlu beratur panjang sehingga enam jam untuk dibenarkan berlepas dari Paris selain beberapa siri kelewatan dan pembatalan perjalanan keretapi disebabkan tindakan pihak kastam terbabit.

Dikhabarkan, mereka menuntut kenaikan gaji, keadaan bekerja yang lebih baik dan penambahan pekerja sekiranya Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU). Bermula awal Mac lalu, pemeriksaan keatas penumpang semakin ketat berbanding sebelumnya.

Eurostar dalam masa yang sama meminta semua penumpang menangguhkan perjalanan menggunakan perkhidmatan mereka selain menggantung perkhidmatan priority check-in. Selain itu, pihak Eurostar menawarkan pemulangan wang penuh atau perjalanan percuma kepada mereka yang menggunakan keretapi mereka selepas 30 Mac nanti.

Selain menggunakan keretapi, mereka yang ingin ke Paris dari London boleh menggunakan alternatif lain iaitu penerbangan namun kebanyakan penerbangan telah habis atau harga yang sangat mahal.