0 - Album Terbaru Altimet Menandakan Persaraan Beliau Di Atas Pentas.



Sudah diketahui sejak awal tahun ini yang Altimet akan bersara dari dunia persembahan. Dengan pengumuman ini dia menjanjikan satu album terakhir sebelum dia mengucapkan selamat tinggal kepada arena yang menjadi mainan dan karjayanya selama lebih kurang 20 tahun. Dari permulaanya dengan kumpulan Teh Tarik Crew sehingga bergerak solo kini Altimet boleh dikatakan berjaya dari hampir semua aspek hiburan, siap berlakon diatas pentas untuk teater Ola Bola the Musical.

Apa yang pasti Altimet berjaya menyatukan kita dengan lagu-lagu yang penuh dengan maksud dan pengajaran. Terutamanya Amboi yang memenangi AJL awal tahun ini, Kotarayaku, Muda dan Seru. Dia ni ada perniagaan lain jugak, Jenama Benua Clothing tu pun hasil sentuhan dia dengan seorang rakan karib. Lepas tu ada juga cawangan Joe's Barbershop yang dia miliki.

Rata-rata kalau korang tengok Altimet ni memang mempunyai perancangan yang sangat rapi. Dari pilihan topik lagu sehingga lah jenis-jenis projek lain yang dia terlibat yang akhirnya kini membawa ke persaraan dari dunia hiburan. Tapi seperti sedia maklum dia masih akan tulis lirik dan lagu cuma untuk artis-artis lain yang berminat.

Jom kita nantikan konsert penutup penanda noktah kepada kerjaya hiburan seorang yang konfem lagenda muzik tanah air. Sementara tu jom tengok muzik video terbaru dari album terakhir Altimet.