142 Kawasan Di Selangor Dijangka Berdepan Banjir Hingga Mac 2019

TERKINI
November 16, 2018 - 01:21 PM


Minggu lepas dan minggu ni, viral di media sosial tentang gambar dan video beberapa kawasan di Selangor ditenggelami air. Nampaknya, orang di Lembah Klang, khususanya Selangor perlu bersedia untuk berdepan dengan perkara ini. Dijangkakan, kejadian banjir dan banjir kilat ini akan berlaku lebih kerap, sekurang-kurangnya sehingga Mac 2019.

Berikutan fenomena Monsun Timur Laut yang bermula bulan ini sehingga Mac tahun hadapan, dijangkakan hujan akan turun setiap hari dan sekurang-kurangnya 142 kawasan telah dikenalpasti sebagai kawasan yang bakal ditenggelami air.

Dalam satu laporan oleh Astro Awani, banjir yang berlaku adalah disebabkan penerimaan hujan yang banyak iaitu 210 milimeter sehingga 310 milimeter sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof juga berkata beberapa kawasan telah dikenalpasti bakal mengalami banjir; antara kawasan yang berkemungkinan terjejas adalah;

  1. Kampung Sungai Air Tawar
  2. Sabak Bernam
  3. Pekan Ijok
  4. Kuala Selangor
  5. Kampung Sungai Tua
  6. Gombak
  7. Bekas tapak Plaza Tol Sungai Rasau
  8. Klang

Walaupun begitu, pihak berkuasa telah bersiap siaga untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan. Sebanyak 453 aset bersedia untuk dikejarkan ke kawasan yang terlibat nanti.

Antara aset yang sedia untuk digerakkan termasuklah MPV, lori, bot dan pelbagai jentera lain dari PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan dan juga Angkatan Tentera Malaysia.