27 Program Penipuan Wang Dalam Pantauan Pihak Polis [Senarai Terbaru 2017]

TERKINI
October 12, 2017 - 12:09 PM


Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Makin hari ada sahaja skim penipuan wujud dalam negara kita. Lebih kesian program penipuan wang yang membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit sering kali mensasarkan golongan yang ingin kaya dengan cepat.

 

Selepas satu program tumpas, ada sahaja program baru yang akan muncul. Nama programnya mungkin berbeza, tapi modus operandinya hampir sama.

 

Walaupun kes penipuan wang ini biasanya diuar-uarkan di televisyen dan media sosial, setiap tahun ada sahaja yang akan menjadi mangsa. Tidak kira golongan muda yang celik IT ataupun golongan tua di kampung-kampung yang jauh daripada info semasa, program-program penipuan dan scam ini bijak mengaburi bakal peserta dengan menjanjikan pulangan yang lumayan daripada pelaburan yang dibuat.

 

Bagi yang kesempitan wang dan terdesak, sudah tentu program seperti ini dilihat sebagai jalan pintas bagi keluar daripada kemelut yang dihadapi. Berikut merupakan senarai terbaru 27 program yang disyaki mempunyai ciri-ciri penipuan wang. Senarai ini dikeluarkan oleh pihak polis berdasarkan laporan-laporan yang telah dibuat oleh mangsa.

  1. JJPTR
  2. Mface / MBI
  3. Bit Coin - Bit Kingdom
  4. Mekah Islamic Hotel
  5. Gm Friday
  6. Monspace
  7. Mgcfx
  8. Pelaburan Emas Pegasus Bullion
  9. Richway
  10. Pelaburan Emas Tok Belagak
  11. Pelaburan Emas Royal Gold
  12. Venus FX
  13. Crude Palm Oil Investment
  14. Highway Group Resources
  15. Aam Academy
  16. Kongsi Makan
  17. Celoreng Mindef
  18. Federal Reserve Chichago Bond
  19. Century Dynasty
  20. Exorbitence Influence Sdn. Bhd.
  21. Global Tuari
  22. Sunner Group
  23. Dbi Housing Scheme
  24. Bit Coun - Al Mubin Agarwood
  25. Dato Dave (Aero Asia Holding)
  26. Focus Capital Growth
  27. RJB Empire Group

 

Berikut merupakan jumlah laporan yang diterima polis, anggaran mangsa terlibat dan anggaran kerugian yang dialami.

 

Langkah Asas Mengenali Program Scam

 

1. Too good to be true - Gunakan logik fikiran anda. Sekiranya sesuatu pelaburan itu menjanjikan keuntungan yang tidak masuk akal serta hanya perkara yang indah-indah sahaja, maka elakkan.

 

2. Menjanjikan keuntungan semata-mata - Tiada pelaburan di dunia ini yang tidak mempunyai risiko. Apabila terdapatnya risiko, maka terdapat kebarangkalian pelaburan tersebut akan mencatatkan kerugian. Sekiranya ada program yang menjanjikan keuntungan wang atau peratusan tertentu dan tiada kerugian, elakkan.

 

3. Pencarian Downline - Setiap perniagaan mencatatkan keuntungan melalui jualanan barangan atau servis yang ditawarkan. Sekiranya program tersebut mewajibkan anda mencari downline sekiranya hendak untung, ianya adalah program MLM. Elakkan.

 

Sumber: The Star OnlineAfyan Mat Rawiiluminasi.com