5 Trailer Filem Terbaru Yang Akan Dilancarkan – Tambah Dalam Watchlist Tau!

TERKINI
September 28, 2018 - 12:56 PM


Menjelang datangnya bulan Oktober, banyak filem berkisarkan atau bergenre seram akan ditayangkan iaitu bersempena dengan sambutan Haloween pada 31 Oktober nanti. Selain itu, kebiasaannya hujung-hujung tahun inilah pihak produksi akan berlumba-lumba nak release filem berkaitan perayaan Christmas dan juga filem aksi atau superhero.

Kebiasaannya; sebelum semua filem ini ditayangkan secara rasmi, pasti akan ada trailer kan. Dan baru – baru ini antara trailer yang dah ditayangkan secara penuh adalah untuk filem Bumblebee.

Kalau korang pening sangat ini ada 5 trailer filem yang paling dinantikan tahun ini dan awal tahun depan.

#1. Fantastic Beast : The Crime of Grindelwald

Salah satu filem dalam siri Harry Potter and Fantastic Beast akan menemui peminat pada 15 November 2018. Kalau ikutkan trailer, dalam filem ni nanti, persoalan siapa Grinderwald akan terjawab. Sama seperti peranan Professor Dumbledore. Dengar cerita, asal-usul salah satu hocrux iaitu Nagini jugak akan terungkai.

Apa-apa pun, kita nantikan ajelah di pawagam pada 15 November nanti.

#2. Bumblebee

Transformer kesayangan ramai, Bumblebee akhirnya akan ada filem standalone tersendiri. Kalau nak ikutkan, trailer macam menarik, sebabnya model kereta yang digunakan adalah Vokswagen, bukannya Chevrolet Camaro. Setting pun pada tahun 1987, dan yang menarik lagi, pemilik Bumblebee kali ini adalah gadis!

Tarikh Tayangan : 20 Disember 2018

#3. Creed 2

Kalau korang tengok yang pertama, ramai bersetuju yang Creed ini adalah filem tentang sukan tinju yang terbaik selepas siri Rocky.

Untuk bahagian kedua, Adonis Creed (Michael B. Jordan) yang dilatih oleh Rocky Balboa sendiri akan menentang Ivan Draco, anak kepada Viktor Draco yang telah membunuh bapanya dahulu. Macam misi balas dendam lah kiranya ni.

Tarikh Tayangan : 21 November 2018

#4. Dark Phoenix

Kalau sebut tajuk sahaja, mesti ramai yang tertanya-tanya, ni movie apa ni? Kenapa ‘wajib’ tengok? Tapi, kalau korang peminat X-Men, mesti korang tahu yang ini adalah salah satu watak dalam siri tersebut.

Ceritanya adalah macam mana Jean Grey mendapat tahu yang dia mempunyai kuasa luar biasa. Senang cerita ini adalah filem flashback lah. Tapi, disebabkan kuasanya terlalu kuat, ia telah menggangu fikirannya dan menjadikannya satu watak antagonis.

Jadi, Professor X (waktu muda) dan beberapa anggota muda X-MEN kena fikirkan cara terbaik untuk settlekan masalah Phoenix ni.

Tarikh Tayangan : 5 Februari 2019

#5. Captain Marvel

Sejak pertama kali trailer Captain Marvel ni ditayangkan, kami macam ‘wow’! Memang bakal meletop ni nanti filem ni. Walaupun sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan Captain Marvel adalah watak penting yang akan tewaskan Thanos, tapi dalam filem ini, macam biasa, Marvel perkenalkan dulu asal usul watak superhero ini.

Tarikh Tayangan : 7 Mac 2019


EKSTRA :

#1. Venom – 4 Oktober 2018

#2. Aquaman – 21 Disember 2018

#3. Gol Dan Gincu 2 – 25 Oktober 2018