"7 Hari Dalam Longkang!" - Pekerja Stesen Minyak Selamatkan Seekor Anjing Buat Ramai Sebak

TERKINI
September 01, 2023 - 03:37 PM


Menjaga kebajikan haiwan adalah satu amalan terpuji termasuk juga berbuat baik pada anjing seperti memberi makan dan minum, merawatnya jika ia tercedera dan sebagainya. Ia adalah satu perbuatan baik yang digalakkan di dalam Islam serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. 

Itu yang ditonjolkan para pekerja di satu stesen minyak, yang memaparkan sikap ihsannya terhadap seekor anjing yang memerlukan bantuan. 

@petron_sgnibong Inspired by a true events the movie is called MARLEY & ME ( year 2006 ) Tuhan mengampunkan dosa orang yang membantu haiwan yang kehausan untuk minum. Kejadian berlaku pada hari jumaat min baru sempat post 🫶🏻 #PetronSgNibong #TrueEvents #Jumaatbarakah #animallover ♬ Syi'ir Tawasul Al-Rifa'ie - Al-Rifa'ie Satu

Kejadian dipercayai berlaku di satu stesen minyak di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Mujur, seorang pekerja di situ menyedari akan kesengsaraan yang dihadapi oleh seekor anjing yang telah tersangkut di dalam longkang selama 7 hari.

Bukan sahaja menyelamatkannya, pekerja tersebut cuba untuk menenangkan, memberi makan, dan juga menghantar anjing tersebut ke klinik haiwan yang berdekatan. Berdasarkan video, jelas keadaan anjing tersebut sangat lemah dan tidak mampu untuk bergerak.

Di ruangan komen, penuh dengan kata-kata pujian buat para pekerja di stesen minyak tersebut kerana bersikap ihsan terhadap seekor anjing. Selain itu mereka berharap ada seorang insan atau tuan kepada anjing tersebut mengambilnya semula.

Destination: