7 Tanah Perkuburan Muslim Paling Unik di Dunia, Salah Satunya Berada di Gombak
TERKINITempat bersemadi orang Islam di merata tempat di atas dunia ini punya daya penarik tersendiri. Tanah perkuburan dipelihara rapi dan dihias bunga-bungaan. Di luar negara, banyak perkuburan dikongsi tanpa mengira agama. Jom tengok apa yang unik sangat tu?
1. Gardens of Peace Cemetery - Hainault, England
Dibuka pada 2009 oleh Mohamed Omer, ia menyediakan tanah perkuburan untuk umat Islam bagi 100 tahun akan datang. Namun, 70 peratus ruang telah diguna hanya dalam masa 5 tahun sejak ia dibuka. Hampir 6,000 orang dari pelbagai bangsa dan negara dikebumikan di sini.
2. Haute-borne - Bobigny, Perancis
Tanah perkuburan eksklusif untuk pesakit yang meninggal dunia di Hospital Franco-Muslim. Kebanyakan mereka adalah miskin dan tinggal di kawasan setinggan di luar kota Paris. Oleh kerana mereka tiada keluarga, presiden mengeluarkan arahan agar jenazah disempurnakan mengikut agama Islam sebelum dikebumikan di sini
3. Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Sakinah - Gombak
Tanah perkuburan ini dibuka pada 1987 dan menerima jenazah pertama pada 1992. Kedatangan disambut audio alunan ayat-ayat al-Quran yang berkumandang ke setiap pelosok kawasan pusara. Dengan keluasan 32.75 hektar, tanah perkuburan berkonsepkan taman itu terletak di tepi lebuhraya Karak di Taman Selasih, Gombak.
4. Wuppertal - North Rhein-Westphali, Jerman
Pusara pertama orang Islam di Jerman. Kubur orang Islam, Kristian dan Yahudi adalah bersebelahan antara satu dengan yang lain. Ia terletak di kawasan berhutan namun dipelihara dengan baik. Pusara ini melambangkan kehidupan sosial pelbagai agama yang telah wujud di Wuppertal sejak zaman dulu lagi. Kebanyakan jenazah orang Islam berbangsa Syria, Turki, Arab dan lain-lain ada di sini.
5. Perkuburan Besar Potocari - Srebrenica, Bosnia
Pusara Islam terletak berhampiran Yellow Bastion (salah satu tembok pertahanan di Vratnik, dibina pada abad ke18). Untuk sampai ke Yellow Bastion, perlu berjalan kaki mendaki bukit sehingga sampai di pusara orang-orang Islam. Lebih 8,000 penduduk Bosnia dibunuh pada Julai 1995 manakala hampir 30,000 wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua diusir atau diseksa.
6. Pusara Abadi Chua Chu Kang Muslim Cemetery - Singapura
Terletak di belakang Masjid Pusara Aman. Kebanyakan pusara asalnya dari tempat lain di sekitar Singapura dan dipindahkan ke situ pada tahun 1970-an dan 1980-an untuk memberi laluan kepada pembangunan rumah, industri dan markas tentera. Seorang sultan yang telah meninggal dunia di Singapura dimakamkan di pusara ini. Berdekatan dengannya adalah pusara seorang ulama yang dipindahkan dari Chai Chee, pusara di timur Singapura.
7. UN Memorial Cemetery - Daerah Nam, Busan
Terdapat 2,300 pusara dan satu-satunya perkuburan United Nations di dalam dunia. Dengan keluasan lebih 14 hektar, di sinilah tentera yang terkorban dari 16 negara disemadikan. Mereka terbabit dalam peperangan antara Korea Utara dan Selatan. Di dalam bangunan berbentuk segitiga, ada tayangan video yang memaparkan betapa tragiknya peperangan itu.
Di mana kita hembuskan nafas terakhir dan di mana akan kita disemadikan adalah rahsia Tuhan. Ia 'kerajaan' abadi dan semoga kita sedar betapa kerdilnya kita di atas dunia ini.