AC Mizal Kesal Beg Rosak, Ini Jawapan Boss AirAsia

TERKINI
April 17, 2018 - 11:16 AM


Isu bagasi rosak, pecah dan baru-baru ini basikal milik penumpang syarikat penerbangan tambang murah terkemuka AirAsia bukan sesuatu yang baru. Tapi rasanya dah lama dan banyak posting di media sosial berkenaan perkara ini.

Selepas tampil memohon maaf kepada pemilik basikal berkenaan, timbul pula isu berkaitan bagasi rosak ini. Kali ini melibatkan selibriti terkenal iaitu Datuk AC Mizal.

Dalam video yang tular di media sosial, AC Mizal mendakwa begnya rosak selepas menaiki penerbangan AirAsia dan terpaksa membawa beg berkenaan pulang ke Kuala Lumpur untuk membuat laporan.

Saksikan video tersebut : 

 

Sekali lagi, boss AirAsia terpaksa mengeluarkan kenyataan. Menurut Tan Sri Tony Fernandes, kerosakan beg berkenaan adalah disebabkan pelongsor bagasi di KLIA2, dan bukannya kelalaian staff AirAsia.

Tambah Tony, pelongsor bagasi berkenaan dikelolakan oleh Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan bukannya syarikat penerbangan.

Menurut beliau “pelongsor tersebut bermasalah, ia menjatuhkan beg dengan laju di karusel bagasi. Ia sepatutnya lebih perlahan” kata Tony Fernande dalam sebuah video yang dimuat naik ke Facebook.

Tony Fernandes ternyata kesal dengan tindakan AC Mizal kerana tidak menghubunginya dan menyalahkan AirAsia dalam kes kerosakan bagasi miliknya.

Sementara itu. Ketua komunikasi AirAsia Aziz Laikar telah memuat naik ‘punca’ utama kerosakan bagasi dan kelihatan memang chute yang dimaksudkan menurunkan beg dengan agak lagu dan boleh merosakkan bagasi.