"Admin Man U Buat Hal Lagi!" - Netizen Teruja TikTok Manchester United Pakai Sound Lagu Melayu

TERKINI
October 11, 2022 - 12:38 PM


Kelab bola sepak gergasi Eropah, Manchester United sekali berjaya mencuit dan menarik perhatian netizen! Kalau dulu dorang guna sound TikToker famous negara iaitu Ryan Bakery, kali ini mereka tampil dengan video dan sound yang baru.

@manutd Tenang, ribut jiwa… #M#ManUtdM#ManUtdMalaysia ♬ original sound - zzack🍁

Manchester United berjaya bangkit dari kekalahan terhadap seteru setempat Manchester City minggu lepas, susulan kemenangan 2-1 ke atas Everton. Dalam perlawanan tersebut, bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo sekali lagi berada di bangku simpanan.

Namun pada minit ke 29 perlawanan, Cristiano masuk menggantikan Antony Martial akibat kecederaan. Selang beberapa minit kemudian, akhirnya Cristiano berjaya menjaringkan gol ke-700 beliau dan meraikan gol tersebut dengan gaya yang bersahaja!

Memang tenang sebab menang! Apa-apa pun admin TikTok Manchester United memang power!

 

Destination: