Ah Long Semakin Kreatif, Edar Fliers Seakan-Akan Saman MBPJ

TERKINI
January 03, 2018 - 02:38 PM


Panik sekejap, ingatkan kena saman… Rupa-rupanya, kerja Ah Long.

Mungkin itulah agaknya reaksi netizen yang berkongsikan taktik baru Along gunakan untuk edarkan fliers mereka ini.

Pihak MBPJ mengesahkan perkara ini melalui beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman Facebook mereka semalam.

Fliers yang mempunyai logo MBPJ dan seakan-akan surat saman yang diletakkan atas cermin kenderaan ini memang seakan-akan sama. Kalau sekali imbas, memang orang akan ingat mereka telah disaman MBPJ. Tapi sebaliknya MPBA!

 

Kalau kebiasaan surat saman akan senaraikan jenis kesalahan, lokasi dan sebagainya, lain pula bagi versi yang digunakan along ini. Mereka meletakkan tawaran yang menarik, jumlah pinjaman yang boleh dipinjam serta kadar faedah yang dikenakan.

Menurut posting di Facebook MBPJ, mereka menafikan yang mereka terlibat dalam kegiatan ini serta telah lakukan laporan polis terhadap syarikat berkenaan.

Sementara itu, pihak MBPJ juga menasihatkan supaya berhati-hati terhadap sebarang fliers atau surat yang menggunakan logo pihak berkuasa tempatan khususnya MBPJ supaya tidak terperangkap.

Nampaknya, semakin kreatif ahlong sekarang. Ingatkan kad jemputan kahwin je ada design surat saman.

 

Sumber : The Sun