Airbus Dedahkan Kerusi Baru Pesawat Jenis ‘Couch’

TERKINI
April 12, 2019 - 02:11 PM


Jujurlah, seluas mana pun legroom yang ada dalam kapal terbang kerusi yang ada sekarang ni memang susah nak dapatkan kedudukan atau penerbangan yang betul-betul selesa. Kalau setakat 30 minit ke satu jam tu, boleh terima lagi.

Industri penerbangan nampaknya dalam usaha memastikan penumpang mendapat keselesaan yang penuh, selain mempunyai reka bentuk yang sangat versatile.

Airbus baru-baru ini mendedahkan, kerusi baru gaya ‘couch’ untuk business class mereka. Dalam satu kenyataan, kerusi yang dinamakan Setee Corner ini sangat versatile dan memastikan penumpang dalam keadaan selesa untuk makan, tidur, membuat kerja dan relaks atas udara.

Konsep dan kolaborasi antara Airbus dan Geven ini sebenarnya berpandukan daripada kedudukan asal 3 kerusi kelas ekonomi.

Daripada 3 kerusi, ia disatukan menjadi sebuah couch yang menjanjikan keselesaan kepada penumpang yang boleh dikatakan mewah untuk business class. Dalam masa yang sama, setiap kelebihan ataupun kemudahan business class tetap mereka perolehi seperti locker atas kepala, skrin hiburan dan lain-lain.

Sebagai langkah keselamatan, tali pinggang keselamatan disediakan di hujung kerusi dan tali pinggang kedua turut disediakan kepada penumpang yang tidur atau disediakan untuk ‘sleep mode’.

Nota Editor : Makin besar kerusi, makin kurang penumpang dia boleh amik jadi secara tak langsung, lebih mahal tiket penerbangan. Hikhik.