Akhirnya Sufian Suhaimi Tampil Jawab Statement Ibu Elfira Loy Tentang Isu Putus Tunang

TERKINI
February 19, 2018 - 12:51 PM


Sebentar tadi ibu Elfira Loy telah mengesahkan tali pertunangan anaknya dengan Sufian Suhaimi sudah putus. Teteapi lain pula jawapan balas dari Sufian, beliau tetap percaya bahawa mereka masih bertunang selagi cincin masih di jari manis wanita itu.

Menerusi pengurusnya Mahadhir Mohamad, Sufian memberitahu hubungan beliau dengan Elfira tidak mempunyai sebarang masalah kecuali dari pihak ketiga. Agaknya siapa sebenarnya pihak ketiga ni?

Dia berpegang prinsip selagi cincin bersama Elfira mereka masih bertunang. Katanya dia dan Elfira tiada masalah kecuali ada pihak ketiga. - kata pengurus Sufian

Selain itu, ada juga perkara berbangkit mengatakan ibu Elfira terasa hati dengan Sufian gara-gara beliau memuat naik kenyataan di Insta Story mengatakan wanita itu orang ketiga dalam hubungan mereka.

Bagaimanapun, Mahadhir berkata, Sufian akan tampil menjelaskan perkara sebenar di Instagranya nanti. Manakala ibu Elfira akan berjumpa dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin dalam masa yang terdekat.

Nampaknya rumit juga hubungan Elfira dengan Sufian ni, apatah lagi dengan kenyataan terbaru dari Sufian seolah ibu Elfira menghalang hubungan mereka. Apapun harapnya mereka dapat menyelesaikan maslah ini dengan baik.

Menurut Sinar Harian pula...

Akhirnya status pertunangan pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy yang didakwa bermasalah sebelum ini terlerai apabila ibu Elfira, Filzah Yusof, 52, mendedahkan hubungan mereka telah putus.

Kata Filzah, tindakan yang diambil itu telahpun melalui proses perbincangan. Ia berpunca daripada harapan beliau sendiri yang mahu melihat masa depan anak perempuannya itu terjamin.

“Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-ALLAH bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan perkara tersebut mengikut adat.

“Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha,” katanya petikan dari laporan media tempatan.

Sementara itu, Elfira yang kini sedang berada di New York, Amerika Syarikat sudah sedia maklum dengan perkara berkenaan.

“Elfira tahu mengenai perkara ini dan menyerahkan segala keputusan kepada kami," kata Filzah.

Filzah menegaskan dia mahu berwaspada kerana risau risiko buruk yang akan ditanggung jika pasangan itu berumah tangga.

“Lebih baik kami sebagai ibu bapa ambil langkah awal sebelum segalanya jadi lebih teruk selepas berkahwin nanti,” katanya.

Di kesempatan sama, Filzah meluahkan rasa kesal apabila anak perempuannya itu menjadi mangsa hentaman dan tuduhan netizen yang tidak tahu-menahu hal sebenar.

Terdahulu, pasangan selebriti itu bertunang pada 6 Oktober dan merancang untuk berkahwin sekitar Mac ini.