Akhirnya Wanita Ini Bercerai Dengan Hantu Lanun Berusia 300 Tahun

TERKINI
December 20, 2018 - 05:18 PM


Wanita yang mengaku telah berkahwin dengan hantu lanun berusia 300 tahun Januari lalu megumumkan yang kini mereka sudah berpisah. Bagaimanapun, Amanda Teague, 46, masih belum bersedia berkongsi punca pepisah dengan 'suaminya', Jack.

Melalui Twitter dia menulis, "Saya mahu semua orang tahu bahawa perkahwinan saya sudah berakhir. Saya akan jelaskan segalanya pada masa yang difikirkan sesuai.

"Apa pun, saya mahu berpesan jangan sesekali ikut jejak langkah saya.Berpacaran dengan roh bukan perkara main-main."

Daily Star sebelum ini melaporkan, Amanda berkahwin dengan hantu lanun Haiti dari abad ke-18 selepas kecewa mencari lelaki sempurna untuk dijadikan pasangan.

Katanya, hubungan mereka bermula pada 2014 ketika dia sedang berbaring dan merasa 'tenaga' di sisinya. Bermula dari situ, roh tersebut didakwa sering menemaninya menonton televisyen.

Janda beranak enam ini juga mendakwa yang mereka juga sering bergaduh seperti pasangan normal yang lain