"Aku Founder Tapi Macam Pengemis!" - Puteri Kasim Dedah Staff Seleweng Duit Syarikat Bernilai RM174K

TERKINI
October 18, 2023 - 03:11 PM


Puteri Nurfarahain binti Kasim Hawari atau lebih dikenali sebagai Puteri Kasim, seorang usahawan produk kecantikan membuat satu pendedahan tergempar di mana salah seorang kakitangan yang beliau percayai, didakwa telah pecah amanah dan mengambil wang sejumlah RM173K untuk kegunaan peribadi.

Bukan itu sahaja, Puteri Kassim turut mendakwa perkerjanya yang bernama Ella Zaini bukan sahaja menyeleweng wang syarikat, bahkan menduakan suaminya sendiri. Puteri Kasim menyatakan dia terpaksa mengorbankan pelbagai aset miliknya demi kelangsungan hidup dan kebajikan pekerja lain.

@puterikasim

Final part

♬ original sound - Mommy PK

Tidak cukup dengan itu, penyelewengan itu berlaku dari 3 tahun yang lalu. Ianya berlaku atas dasar kepercayaan terhadap seorang kakitangan, namun siapa sangka ada udang di sebalik batu. Sampai satu tahap Puteri Kasim menuduh suaminya mencuri duit syarikat dan hampir bercerai.

Puteri Kasim menyatakan, selagi Ella Zaini tidak membayar segala wang yang diambilnya, dia tidak akan melaporkan kepada pihak polis.

Destination: